Cara Rasulullah s.a.w. Menyelesaikan Isu Keganasan Yahudi
Mengikut riwayat Ibn Hisyam dari Abdullah bin Ja’far bin al-Muswir bin Mukhrimah dari Abi Awanah menceritakan bahawa seorang wanita Arab telah membawa barang jualan ke pasar Bani Qainuqa’. Wanita itu duduk dekat tukang emas, sekumpulan Yahudi cuba hendak membuka penutup mukanya tetapi telah ditentang oleh wanita itu. Lalu si tukang emas tadi mengangkat hujung bajunya di belakangnya, dan bila saja wanita itu bangun maka terselaklah auratnya lantas dia memekik. Maka seorang lelaki Islam menyerang tukang emas tadi dan dibunuhnya. Selepas itu, orang-orang Yahudi berkumpul dan menerkam lelaki Islam itu lalu membunuhnya.
Kejadian ini menyebabkan orang Islam melarang berhubung baik dengan orang-orang Yahudi. Seluruh orang Islam marah. Peristiwa itu berlakunya pergaduhan antara orang Islam dan Bani Qainuqa’ dan inilah pergaduhan pertama berlaku setelah dimeterai perjanjian di antara mereka dan Rasulullah s.a.w.. Pertengkaran ini berlaku sebagaimana yang diceritakan oleh al-Tabari dan al-Waqidi ialah pertengahan bulan Syawal tahun kedua Hirah.
Rasulullah s.a.w. telah mengepung mereka beberapa waktu sehingga mereka tunduk kepada hukuman dan keputusan Baginda. Dalam masa itu, Abdullah bin Ubai bin Salul ( ketua Munafiqin di Madinah) mencabar Rasulullah s.a.w. : “Hai Muhammad, berbuat baiklah kepada mereka kerana mereka adalah setiakawanku.” Rasulullah s.a.w. tidak menghirau juga, lalu Abdullah bin Ubai pun memegang lubang pada baju besi Rasulullah s.a.w.. Kemudian kata Rasulullah s.a.w., lepaskan tanganmu itu. Rasulullah s.a.w. pun marah dengan perbuatannya itu hingga orang Islam nampak air muka kemarahan di wajah Rasulullah s.a.w..
Abdullah bin Ubai berkata: “Demi Allah s.w.t., tanganku takkan kulepas sehingga kamu menunjuk sikap yang baik terhadap kawanku itu. Aku masih ingat, empat ratus pahlawan mereka yang tidak berbaju besi dan tiga ratus mereka yang berbaju besi telah mempertahankan diri dari pencerobohan bangsa merah dan hitam. Apakah hari ini kau nak tebas ( bunuh ) mereka pada satu pagi sahaja? Demi Allah, aku takut masa akan terbalik.” Jawab Rasulullah s.a.w., ”Mereka perlu keluar dari Madinah dan jangan mereka menghampirinya.” Lalu ke semua mereka keluar ke Azri’at di negeri Syam, di mana sebilangan besar dari mereka telah binasa di sana.
Adapun Ubadah bin al-Samit mempunyai perjanjian yang sama dengan golongan Yahudi ini sepertimana Abdullah bin Ubai juga di mana beliau telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dengan katanya: “Sesungguhnya aku memilih Allah s.w.t. dan Rasul-Nya sebagai tuan dan aku melepaskan diriku dari sebarang ikatan perjanjian dengan sesiapa yang bersekutu dengan puak-puak kafir itu dan persahabatan mereka mengenai kedua-dua kejadian itu.
Firman Allah s.w.t. :
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain, dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisi-Nya (terhadap golongan yang munafik itu), maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.
( Surah al-Maidah : 5 : 51-52 )
12 Langkah Praktikal Untuk Terlibat Dalam Jihad Palestin
Selepas melihat dan mengkaji pandangan dan pendapat ulama’ sama ada secara individu atau berkumpulan, maka isu Palestin ini dapat diselesaikan dengan langkah serta tindakan berikut :
Pertama: Beritizam dengan Islam sama ada dari segi syariat atau akidah. Inilah saranan Majmak al-Fiqh al-Islami pada 1422 H
Kedua: Wajib menolong umat Islam yang dizalimi dan ditindas. Pertolongan tersebut sama ada dengan :
i. Jiwa raga.
ii. Harta benda seperti makanan, dan ubat- ubatan.
iii. Sokongan semangat dan ruhi.
iv. Sokongan politik.
Ini juga saranan yang dikemukakan oleh Majmak al-Fiqh al-Islami pada 1422H.
Ketiga: Memboikot barang Yahudi dan sekutunya lebih-lebih lagi berkenaan dengan rokok dan minuman keras. Caranya dengan mengenali senarai produk mereka dan memulaukannya dengan memilih barangan tempatan atau selain dari sekutunya.
Daftar Produk AS yang Diboikot Oleh Para Ulama
[ 04/03/2003 - 07:50 ]
Restoran:
KFC
Arbys
McDonalds
McBurger
Pizza Hut
Chilies
Hardees
Paridies
Pizza Little Sitzer
Jack in the Box
A&W
Kantez
Baskin Robbins
Wimpy
Dominos Pizza
Texas
Slizer
Pengeluar Makanan & Minuman AS:
Minuman:
Pepsi dan anak perusahaannya: Mirinda dan 7up
Coca-Cola dan anak perusahannya (Kalau membaca tulisan Cola-cola dari belakang botol, akan tertulis: no Muhammad, no Mecca): Sprite dan Fanta
Produk Hanes and Crystal:
Mayonnaise, Kecap
California Garden and Warner & Lambert
T-Shirt, Sepatu:
Semua baju dan sepatu merk Nike (pernah tertulis kata "Allah" dalam sebuah produknya), Adidas, Kate dan Calvin Klein
Peralatan Listrik:
Power, Union Air, Clifinitour , Admiral, Harmony, Alaska, Duncan, Motorola, Alcatel.
Bateri:
Everydy, Energizer dan Doorsill
Mobil:
Ford, Chrysler, Hammer, Chevrolet, Puck
Dan Semua produk General Electric
Perusahaan-Perusahaan AS yang mendanai Zionisme Internasional:
A & M FOODS
A & W BRANDS
A. CAMACHO, INC .
A. ZEREGA'S SONS
A. PANZA & SONS
A.E. STALEY MANUFACTURING COMPANY
A.J. ALTMAN
A.L. BAZZINI CO
A ARHUS, INC
ABBA AB BEIJER COMPANY
ABCO LABORATORIES
ABEL & SCHAFER
ABELES & HEYMANN
ABRAHAM'S NATURAL FOOD
ACCRU PAC GROUP
ACE BAKING CO .
ACIME SMOKED FISH CORP
ADAMS VEG. OILS
ADAM MILLING
ADRIENNE'S GOURMET FOODS
ADVANCED SPICE & TRADING
AG PROCESSING
AGRO FOODS
AIR PRODUCTS & CHEMICALS,INC
AJINOMOTO, U.S.A
AK PHARMA, INC
AKZO & PACIFIC OLEOCHEMICALS
ALBERTO-CULVER COMPANY
ALBRIGHT & WILSON CO .
ALCAN FOIL PRODUCTS
ALEX FRIES & BROS .
ALGOOD FOOD COMPANY
ALL STAR FOODS
ALLE PROCESSING
LLEN FOOD PRODUCTS
ALLFRESH FOOD PRODUCTS
ALLIED CUSTOM GYPSUM COMPANY
ALLIED FOOD DISTRIBUTORS
ALLTECH
ALEO FARMS
ALTA DENA
ALUMAX FOILS
Bahan-bahan Kimia dan pembersih:
1. PT. Procter and Gamble (memproduksi: Oloiez, Pampers, Ferry, Downy, Ariel, Tide, Head and Shoulder, Pantene, Camay, Zeset, Mack Factor, Carmen)
2. PT. Johnson & Johnson (memproduksi: Shower to Shower, Cream Johnson)
3. Nectar
4. Avon
5. Revlon
6. Gardena
7. Pasta gigi Corset
Alat Tulis:
Bulpen merk Shiver, Parker dan Hear
Bank Amerika:
Bank America International, American Express, Bank of America, Bank of New York
Lain-lain: Rokok AS seperti: Marlboro, Kant, Janstown, Lark, Merit, Gold Cost, Carlton, LM, More.
Para ulama' tersebut adalah:
1. Prof. Dr. Yusuf Qardhawi, Ulama dan Cendekiawan Muslim kondang di seluruh dunia. Kini tinggal di Doha, Qatar.
2. Syeikh Salman bin Fahd Al Audah, ulama' karismatik dari Arab Saudi.
3. Syeikh Muhammad Saed Ramadhan al-Buthi, ulama' karismatik tinggal di Syiria.
4. Syeikh Abdullah al-Jibrin, ulama' Arab Saudi dan anggota Persatuan Ulama Besar Arab Saudi.
5. Dr. Hammam Saed dan DR. Muhammad Abu Faris, Intelektual Muslim tinggal Amman, Yordania.
6. Dr. Naser Farid Wasil, Mufti Mesir.
7. Fatwa Majlis Ulama Sudan.
8. Fatwa Majelis Ulama Palestin.
Sumber: al-Markaz al-Filistini lil I'lam (PIC) (abu ais)
Keempat: Semua negara umat Islam hendaklah bersatu hati, tenaga, dan suara dalam mengutuk seterusnya menghulurkan bantuan kepada saudara se-Islam di Palestin.
Kelima: Bagi negara yang berjiran seperti Mesir, Lubnan, Jordan, dan Syria hendaklah membuka sempadan, memberi ruang dan peluang serta membantu penduduk Gaza dalam meringankan bebanan mereka.
Keenam: Setiap negara hendaklah memberi sumbangan ubatan dan makanan hingga sampai kepada mulut saudara mereka di Palestin. Pasukan sukarelawan perubatan dan seumpamanya hendaklah digerakkan dan diberi ruang dalam membantu saudara di Palestin.
Ketujuh: Derma jihad hendaklah dilancarkan dan dibahagikan kepada rakyat Palestin secara lebih tersusun dan menyeluruh. Kerajaan sewajarnya memantau NGO yang mengambil tanggungjawab isu kewangan dan bantuan kepada Palestin mengikut yang sewajarnya dan benar-benar amanah. Bantuan tersebut mestilah sampai secepat mungkin kerana nyawa mereka dalam keadaan benar-benar terancam. Begitu juga, adanya sumbangan tentera Islam atas nama OIC oleh setiap negara Islam dalam membantu penduduk Gaza.
Kelapan: Sudah sampai masanya negara OIC khasnya memikirkan bentuk bantuan persenjataan kerana umat Islam di Palestin bertembung dengan kuasa besar dunia sedangankan senjata mereka hanyalah batu, nafas dan denyut nadi mereka sahaja. Ini seolah-olah menghulurkan leher untuk disembelih dan badan untuk disasarkan peluru hidup.
Kesembilan: Solat hajat berdoa memohon keampunan daripada Allah dan pertolongan untuk saudara se-Islam di bumi Palestin. Solat hajat ini hendaklah dilakukan dalam bentuk yang besar dan berterusan begitu juga dengan Qunut Nazilah sebagaimana pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap kabilah Ri’lin dan Zikuan.
Kesepuluh: Mengadakan tunjuk perasaan, bantahan dari peringkat pemimpin hingga kepada rakyat jelata. Begitu juga surat bantahan rasmi disampaikan kepada kedutaan Israel dan Amerika Syarikat dan jelaskan ketidakpuasan hati serta kebencian masyarakat Islam atas perlakuan biadap rejim Zionis terhadap penduduk Islam Gaza. Begitu juga dengan sikap membisu sebahagian pemimpin Arab.
Kesebelas: Memberi kesedaran dan pembelajaran berkenaan dengan bahaya golongan Yahudi. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyah al-Aulad berkata: Pendidik seharusnya memberi pengertian kepada anak-anak sejak mereka masih kecil lagi tentang fakta- fakta berikut:
i. Islam agama kekal dan sesuai untuk segenap masa dan tempat yang mana Islam mempunyai keistimewaan iaitu lengkap, kekal, sesuai dan berterusan.
ii. Apa yang dicapai oleh generasi yang lalu adalah disebabkan mereka memuliakan Islam dan melaksanakan hukum- hukum al-Quran.
iii. Mendedahkan kepada anak- anak rancangan yang digariskan oleh musuh- musuh Islam iaitu:
· Rancangan Zionis
· Rancangan penjajah
· Rancangan komunis
· Rancangan penganut Kristian
Rancangan ini semuanya bertujuan sama iaitu melenyapkan akidah Islam dari muka bumi ini dan cuba menerapkan bibit-bibit atheis kepada generasi muda Islam, menyebarkan keburukan dan keruntuhan moral dalam keluarga Islam dan masyarakat Islam. Tujuan jangka pendek dan jangka panjang mereka adalah untuk memadam semangat perjuangan jihad di kalangan muda-mudi Islam. Mereka cuba mendapatkan segala kekayaan yang dimiliki oleh negara-negara Islam untuk muslihat mereka sendiri. Seterusnya cuba melenyapkan nilai-nilai dan kesan- kesan Islam dari masyarakat Islam.
Kedua belas: Mendedahkan strategi media Barat yang memanipulasi dan memutar-belitkan sebaran maklumat tentang isu Palestin. Menurut laporan http://www.ifamericansknew.org/, Israel menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.
Tidak hairan lagi, Zionis menjadi kuat kerana ditaja dan disokong oleh Amerika. Mereka mengawal saluran maklumat kepada penduduk Amerika Syarikat, dan usaha ini dilakukan dengan sulit dan terancang, hasil kajian pakar-pakar Orientalis yang berselindung di sebalik kabinet pemerintah Amerika Syarikat. Orientalis inilah yang telah memanipulasi media dan pemerintah tentang teknik-teknik memberikan impresi kepada penduduk Amerika Syarikat tentang laporan segala isu membabitkan Palestin. Oleh itu, kita perlu mengetahui selok-belok strategi musuh untuk mempengaruhi dan mengubah pandangan penduduk Amerika Syarikat terhadap keadaan sebenar di Palestin.
Kenapa perlu mempengaruhi pandangan penduduk Amerika? Tidak Lain tidak bukan, kerana penduduk Amerika Syarikat menjadi penyumbang utama kepada kekuatan rejim Zionis di Palestin. Merekalah yang membayar cukai pendapatan sebagai sumber kewangan negara, merekalah yang memilih anggota Kongress dan Senat, dan seterusnya merekalah yang menentukan siapakah bakal Presiden Amerika Syarikat yang seterusnya, selaku pemain utama yang menentukan polisi luar Amerika Syarikat.
sumber : http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/05/palestin-tak-pernah-gentar.html
sumber : http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/05/palestin-tak-pernah-gentar.html