Friday, September 23, 2011

Book Review: Palestin Kami Datang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah..
Baru sahaja menerima buku biru tulisan Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi, hadiah daripada seseorang yang sangat dekat di hati. Syukran ukhti.


Dalam beberapa tajuk awal, buku tersebut menyingkap kembali permulaan bagaimana kapal milik Turki, Mavi Marvara yang diserang oleh tentera Israel di perairan antarabangsa serta kisah hati isteri dan anak-anak sukarelawan yang terlibat. Diceritakan juga suasana di dalam kapal tersebut yang memuatkan 557 penumpang yang mana seorang bayi berumur kurang satu tahun merupakan penumpang termuda dan berasal dari Turki dan penumpang tertua berumur 80 tahun.

Suasana di dalam kapal Mavi Marvara dikatakan ibarat sebuah madrasah. Penuh dengan alunan ayat-ayat alQuran, kelas hadith oleh Dr. Usama al-Kandari, kelas Bahasa Arab oleh Beyza Akturk dari Turki bersama muslimat mereka. Masa yang ada tidak disia-siakan langsung. Kapten kapal berulang kali mengingatkan: Andai rasa diri masih ada dosa, bertaubatlah. Solat Isyak berjemaah dilaksanakan bersungguh-sungguh kerana mungkin Subuh esok mungkin bukan milik mereka. Subhanallah.

Pengalaman berharga yang sangat dicemburui ialah dapat bersama-sama dengan Syeikh Ra'id Solah, iaitu Ketua al-Harakah al-Islamiyah di Palestin dan mendengar taujihnya. Antara soalan yang ditanya dan dijawab sendiri oleh beliau ialah :

Kenapa sehingga hari ini tidak dibina lagi rumah ibadat Haikal?

Mereka dah dapat tanah, harta, tenaga-tenaga jurutera tapi kenapa masih tidak dibina?

Jawapan yang diberi ialah : Itu ialah strategi mereka. Mereka ingin mengambil keseluruhan tapak Masjidil Aqsa terlebih dahulu sebelum membina rumah ibadat Haikal. Strategi mereka ialah mereka bukan hanya setakat membina, tetapi sebenarnya ialah untuk mengambil keseluruhan Masjidil Aqsa itu sendiri.

Subhanallah.

Ini adalah satu pengetahuan yang amat berguna bagi kita bagi melihat betapa jauh pemikiran Yahudi dalam usaha mengambil keseluruhan Masjidil Aqsa yang wajib bagi kita untuk pertahankan walau dengan darah sekalipun.

Filem-filem seperti Hotel Rwanda ditayangkan kepada kami dalam memahami tajuk Conflict and Resolution, salah satu tajuk dalam Social Studies semester ini. Genocide atau pembunuhan beramai-ramai di kawasan Selatan Afrika yang berpunca dari konflik antara etnik Tutsi dan Hutu ini sangat mengerikan. Hampir 20% dari jumlah penduduk mati iaitu dianggarkan seramai 500 000 hingga 1 juta orang.
Preparations for the genocide
The killing was well organized by the government.[12] When it started, the Rwandan militia numbered around 30,000, or one militia member for every ten families. It was organized nationwide, with representatives in every neighborhood. Some militia members were able to acquire AK-47 assault rifles by completing requisition forms. Other weapons, such as grenades, required no paperwork and were widely distributed by the government. Many members of the Interahamwe and Impuzamugambi were armed only with machetes. Even after the 1993 peace agreement signed in Arusha, businessmen close to General Habyarimana imported 581,000 machetes for Hutu use in killing Tutsi, because machetes were cheaper than guns.[13]
Rwandan Prime Minister Jean Kambanda revealed in his testimony before the International Criminal Tribunal that the genocide was openly discussed in cabinet meetings and that "...one cabinet minister said she was personally in favor of getting rid of all Tutsi; without the Tutsi, she told ministers, all of Rwanda's problems would be over."[14] In addition to Kambanda, the genocide's organizers included Colonel Théoneste Bagosora, a retired army officer, and many top-ranking government officials and members of the army, such as General Augustin Bizimungu. On the local level, the genocide's planners included Burgomasters, or mayors, and members of the police.
Hutus and Tutsis were forced to use ID cards which specified an ethnic group. These cards served as symbols that the Interahamwe could check via the threat of force.[15] Skin color was a general physical trait that was typically used in "ethnic" identification. The lighter-colored Rwandans were typically Tutsi, the minority group, while the darker-skinned Rwandans were typically Hutu, the majority group in Rwanda. In many cases, Tutsi individuals were separated from the general population and sometimes forced to be Hutu slaves. Tutsi women were often referred to as "gypsies" and frequently fell victim to sexual violence.
Government leaders communicated with figures among the population to form and arm militias called Interahamwe, "those who stand (fight, kill) together", and Impuzamugambi, "those who have the same (or a single) goal". These groups, particularly their youth wings, were responsible for much of the violence.[16]Family ties and relationships were manipulated by the Rwandan government as well as the Rwandan Armed Forces to create killing groups, or Interahamwe, throughout Kigali and more rural areas. Without these killing groups, the genocide would not have been nearly as effective and gruesome.[17] In her article on citizen participation in the genocide, Lee Ann Fujii argues that the Interhamwe formed not from hatred for Tutsi or the Rwandan Patriotic Front, but from "social dynamics that sometimes took precedence over ethnic considerations"[18]
sumber: wikipedia.com
Kami didedahkan dengan peranan United Nation sebagai pasukan keamanan bukan sebagai peace-maker kerana kuasa yang terlalu terhad. Ditambah lagi kuasa veto yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, Perancis, Rusia, China dan Britain, perjanjian damai yang kononnya dibuat untuk mewujudkan keamanan di bumi Palestin ibarat kertas kosong yang diwarnai dengan warna darah.

Tragedi Rwanda berlaku pada tahun 1994 iaitu hampir 17 tahun yang lalu. Satu persoalan yang membungkam jiwa ialah mengapa bukan isu Palestin yang ditonjolkan? Apakah kerana isu ini kurang relevan? Wallahua'lam. Yang pasti, apabila isu ini dibangkitkan di dalam kalangan kami, rupa-rupanya masih ramai tidak tahu betapa teruknya saudara kita dihina. Seumpama binatang. Bukan sahaja dibunuh, malah ada muslimah kita yang dirogol.

Dan yang pasti, genocide terhadap saudara-saudara kita di Palestin sudah berlaku berpuluh tahun sebelum itu. Namun, berapa ramai yang sedar dan mengambil tindakan? Adakah kita antaranya?

Seseorang berkata :
Aku bukannya apa. Cuma sampai sekarang aku tak tahu, ke mana sumbangan-sumbangan tu, betulkah sampai ke Palestin.

Tersenyum. Terfikir.

" Yang hang dok makan ayam McD, KFC, yang sah produk Israel, yang memang sah bagi duit kat Israel, hang tak risau pulak.. "

[kamu yang risau tu, cuba buka buku biru ni, ada disertakan senarai barang-barang yang cuba dihantar ke Gaza]

Kita ada banyak badan yang boleh membantu menyalurkan sumbangan kita. Antaranya ada disenaraikan di birai kiri blog ini. Kita berusaha untuk membantu mereka dan inshaAllah badan-badan tersebut akan menjalankan amanah yang diberikan.

Satu yang kita perlu ingat.

Doa, Qunut Nazilah dan Solat Hajat untuk saudara-saudara kita, di Malaysia sendiri, Pattani, Ambon di Indonesia, China dan Palestin khususnya.

Teringat satu sesi sharing circle kami. Bercerita kisah soalan bocor di alam kubur. Antara soalan yang wajib ditanya ialah MA IKHWANUKA? SIAPA SAUDARA KAMU?

Mampukan iman kita menjawab nanti sedangkan mulut kita telah 'meratah' daging-daging mereka sewaktu kita masih di dunia.

Ya, tuntutan jihad di medan tempur itu perlu dipenuhi. Mengimbau kembali nasihat yang diberi kepada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil oleh gurunya, sewaktu beliau mula-mula membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di bumi Jordan dan meminta taujih daripada alim ulama' yang diceritakan dalam bukunya yang bertajuk Secangkir Teh Pengubat Letih. Ada satu ayat al Quran yang sangat signifikan iaitu :

Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (Surah At-Taubah 9:122)

Justeru, tuntutlah ilmu, jadilah pakar dalam bidang tersebut, manfaatkannya untuk agama dalam apa cara yang sahih sekalipun. Kerana Palestin akan tetap dibebaskan, jangan ditanya bila, tapi tanyalah diri kita, adakah kita antara penyumbang kepada pembebasan bumi al Quds itu?

p/s: masih terngiang-ngiang suara anak kecil memanggil ayahnya. Aina Abi? Aina Abi?
p/s 2: buku ini sangat berbaloi untuk dimiliki.

Saturday, September 17, 2011

Peristiwa : Luka Shabra dan Shatilla






Angin Derita Gaza

Amat menyakitkan menatap tubuh luka,

yang berdarah.

Amat memilukan memandang sekeping hati yang menangis.

Meraung meratapi jiwa-jiwa kaku.

Kita kekadang tewas menahan benteng airmata,

melihat perjalanan hidup anak-anak mereka teruji,

mereka benar-benar lebih memahami, mengerti,

apa itu sengsara dan derita,

dibanding kita,

yang cuma diuji oleh cinta dan peperangan emosi,

yang masih boleh ditemukan penawar,

malah kita masih bisa membenih bibit-bibit cinta

dan berkesempatan untuk ketawa,

sedang mereka.....

dihadiahkan peperangan mencari siapa benar,

lalu rindu si penggali kubur jadi realiti.

Gaza..

peperangan menuntut nilai kemanusiaan

kasih sayang yang semakin tandus.

Sampai harus mengheret kecewa,

merasakan ketidakadilan dunia....

myelina_tashiro
14 Jan 2009



Sabra dan Shatilla Dalam Kenangan


11 September 1982
Menteri Pertahanan Israel Ariel Sharon, arkitek kepada penjajahan Israel ke atas Lubnan telah mengumumkan bahawa terdapat lebih daripada 2000 orang pengganas masih berada di kem-kem pelarian Palestin di sekitar Beirut, Ibu Negara Lubnan. Bagaikan agenda drama yang kemas dirancang, Presiden Lubnan Bashir Gemayel, telah dibunuh apabila ibu pejabatnya telah diletupkan dengan bom oleh sekumpulan bersenjata pada 14hb September. Beliau merupakan Ketua Parti Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat Israel.

Tentera Israel telah menguasai Beirut Barat dengan mengelilingi serta mengunci mati laluan ke kem Sabra dan Shatila yang padat diduduki oleh pelarian Palestin dan orang awam Lubnan. Pada sebelah petangnya, kem-kem pelarian ini telah dikelilingi sepenuhnya oleh kereta kebal dan tentera Israel yang menjaga setiap laluan keluar masuk kem-kem ini dalam rangka memantau setiap orang yang keluar atau masuk ke kem. Laluan ini telah ditutup sepenuhnya pada lewat petang. 



16 September 1982
Keesokannya 16 September, Ariel Sharon dan Ketua Turus Tentera Israel telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Unit Militia Phalangist Lubnan, mengundang mereka masuk ke kem pelarian Sabra dan Shatilla untuk membersihkan "sarang pengganas". Mesyuarat tersebut berakhir pada 3 petang. Lewat petang 16 September 1982, lebih kurang 150 orang unit pertama Militia Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat Israel masuk ke kem pelarian bersenjatakan senapang , pisau dan kapak pada jam 6 petang, 

Mereka terus membunuh orang-orang awam terutamanya pelarian ini dengan mengelar leher mereka, membunuh dengan kapak serta menembak mereka. Ramai di kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan ini telah dirogol bergilir-gilir terlebih dahulu. Pada malam yang sama, pasukan tentera Israel menerangkan kawasan kem dengan cahaya api yang membakar menyebabkan kawasan tersebut terang benderang seumpama stadium bola sepak, menurut saksi yang terselamat dari insiden tersebut. Dalam masa beberapa jam pertama itu sahaja mereka telah merogol, membunuh dan mencederakan ramai orangorang awam yang kebanyakannya adalah pelarian Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang telah dikepung di dalam kem-kem tersebut.

Pada jam 11.00 malam, satu laporan telah sampai ke ibu pejabat tentera Israel di Beirut Timur yang mengatakan sekurang-kurangnya 300 orang telah dibunuh dalam tempoh 5 jam pertama. Di antara 36 hingga 48 jam kemudiannya,  Militia Phalangist telah membunuh kebanyakan penduduk yang menghuni kem pelarian tersebut sementara tentera Israel mengawal laluan keluar kem dan terus memberikan sokongan yang maksimum terhadap pembunuhan ini.





17 September 1982
Pada Jumaat 17 September,  laluan ke kem Sabra dan kem Shatila masih ditutup namun ada beberapa pemerhati bebas berjaya melepasi sekatan ketat tentera Israel. Di kalangan mereka adalah seorang wartawan dan seorang pegawai diplomat dari Norway, Gunnar Flakstad yang menyaksikan operasi pembersihan yang dijalankan oleh Militia Phalangist yang sedang membuang mayat-mayat dari rumah yang musnah dihancurkan.



18 September 1982
Militia Phalangist tidak keluar dari kem pada jam 5 pagi Sabtu 18hb September sebagaimana yang diarahkan. Mereka terus melakukan pembunuhan sehinggalah mereka meninggalkan kem Sabra dan kem Shatila pada jam 8.00 pagi 18hb September 1982. Para wartawan asing dibenarkan masuk ke dalam kem pada hari Sabtu, jam 9.00 pagi 18hb September yang menyaksikan ratusan mayat masih bergelimpangan di sekitar kawasan kem dan banyak di kalangan mayat ini yang dikelar-kelar anggota badannya. Diantara kata-kata saksi pelarian Palestin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:

"Tentera-tentera tersebut pergi dari satu rumah ke satu rumah dan memberikan amaran akan meletupkan rumah mereka sekiranya mereka tidak keluar dari persembunyian."

Ada saksi yang terselamat mendengar bahawa tentera Phalangist memberitahu satu sama lain supaya menggunakan kapak sahaja kerana bunyi senapang akan menyebabkan orang ramai sedar dan akan melarikan diri.

"Mereka membunuh abang ipar saya di hadapan mata kepala saya sendiri. Saya melihat mereka menembak di hadapan orang ramai. Mereka membunuh kesemuanya dan saya terus melarikan diri."







Tidak diketahui jumlah yang terbunuh secara tepat kerana sumber rasmi dari Israel mengumumkan bahawa ‘hanya’ 700 orang awam terbunuh. Sumber rasmi dari Lubnan pula menjangkakan kira-kira 1900 orang awam terbunuh. Manakala sumber berita Palestin pula mengatakan bahawa di antara 3000-3500 orang pelarian Palestin telah dibunuh, 1000-1500 telah hilang dan kira-kira 1000 orang yang lain telah melarikan diri.


Siapakan arkitek tragedi Sabra dan Shatila ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ariel Sharon yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Dialah pemimpin pengganas yahudi yang pernah berkata:
"Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang Palestin dari Gaza dan Tebing barat ke Jordan - (New York Times, 17hb Mei 1982). 
"Orang Arab yang baik adalah orang Arab yang telah mati"- (Ha'aretz, 25hb Februari 1983).  
“Saya merasa sedikit kesal terhadap tragedi tersebut tetapi kenapa perlu saya memohon maaf atau merasa bertanggungjawab terhadapnya”- (“The Accused” BBC- Panorama, 17/6/2001 ). 


Kini September 2011, tepat 29 tahun setelah berlalunya tragedi hitam Sabra dan Shatila. Kem Shatila kini dihuni oleh lebih 30 ribu pelarian Palestin merupakan penempatan pelarian yang ke tujuh terbesar di Lubnan daripada keseluruhan pelarian palestin di Lubnan yang kini berjumlah melebihi 500 ribu orang.

Rata-rata mereka hidup dengan penuh kepayahan dan keperitan. Bekalan air dan elektrik adalah dalam keadaan yang minimum di penempatan yang sempit lagi dhaif ini. 80 peratus dari kalangan mereka adalah miskin dan terpaksa saban hari mengikat perut kelaparan. Hanya 14 peratus di kalangan remaja anak-anak pelarian ini berjaya menamatkan persekolahan menengah mereka dan majoriti yang dewasa adalah penganggur kerana mereka dinafikan dari memiliki hak-hak asasi mereka termasuk bekerja di 72 bidang pekerjaan di Lubnan.

Oh Sabra dan Shatila....bilakah sinaran mentari baru akan menerangi hidupmu?

Sumber Puisi : Angin Derita Gaza



Friday, September 16, 2011

Travelog Misi Ramadhan di Gaza: Hari keenam (20/8/2011), Yaumus-safar.

"We want you all to go back to Malaysia safely, so that you can tell the people in Malaysia what you have seen here. We do not want you to get injured"..

 Assalamualaikum wbt..


Statement di atas adalah ucapan peribadi yang di utarakan oleh salah seorang warga Palestin yang mengiringi kami.. It sums up everything about today.... Sepanjang malam kedengaran bunyi letupan di sana sini.. Sayup2 kedengaran bunyinya, jauh rasanya, tiada kepulan asap yg kelihatan mengesahkan yang ia jauh, dan kedudukan kami di 'safe area' (kawasan peranginan yang jarang berlaku serangan)..
Selepas subh kami dikejutkan dengan siri letupan yang lebih kuat. Satu letupan kedengaran, diikuti letupan kedua yang kami yakini (dan disahkan oleh penduduk Gaza) serangan balas, pelancaran roket oleh sayap military HAMAS, briged Al-Qassam. Lantaran letupan kuat baru2 ini menandakan serangan semakin hampir.

Jam 1 pagi Panglima AlQassam mengisytiharkan tamat kepada gencatan senjata. Mereka akan serang balas Israel, Israel sblm itu lagi sudah isytihar mereka akan serang, laporan AlJazeera juga menyatakan bahawa Mesir akan mengambil tindakan susulan akibat kematian tentera Mesir di Rafah. Rakyat mesir mahu kerajaan bertindak, tentera Mesir disayangi rakyat, masakan tidak, tentera membantu dan bersama rakyat dalam tsauroh (revolusi/kebangkitan) rakyat mesir dalam menjatuhkan regim Hosni Mubarak, dan tentera juga menjaga keselamatan rakyat ketika muzohharat (demonstrasi). Rakyat mesir mengepung dan menyerang kedutaan Israel di kaherah. Menuntut segala hubungan dengan Israel diputuskan. Adakah ini detik sejarah perjanjian Camp David dimansuhkan? Ini juga soalan hangat dalam berita AlJazeera.. Pihak urusetia mengarahkan semua bersiap sedia, terus menunggu di lobi hotel dgn beg, walaupun bas hanya akan bertolak lagi 2 jam.. Kami menunggu di lobi dgn setia. Bunyi letupan semakin kurang bila siang
tiba. Intermittently heard.

Menteri Hal Ehwal Wanita tiba utk membuat siri diskusi. Maaf, tiada laporan boleh disediakan memandangkan ana syahid dalam mimpi di lobi hotel. Sedikit cerita yg kami dimaklumi. Skrg mereka dlm keadaan gawat ekonomi. Ramai kakitangan kerajaan tidak menerima gaji sejak bulan lepas. Malah seluruh anggota kabinet juga tidak menerima sebarang gaji mahupun elaun. MasyaAllah.

Pihak polis yang mengiringi kami juga membenarkan fakta tersebut. Tiada gaji sejak bulan lepas, dan biasanya tiada gaji sewaktu perang. Mereka semua mengulangi yang sama; mahu kami pulang ke tanah air tanpa cedera, dan menceritakan kepaa semua akan apa yang kami lihat disini kepada mata
dunia...


9.15am- bas tiba. Tapi kami masih belum diberi kelepasan untuk boarding, menunggu laporan keselamatan dari pohak keselamatan kerajaan. Maklumat dari kedutaan Malaysia di kaherah memaklumkan bahawa border Rafah dibuka hari ini. Pihak kerajaan mesir juga sudah dimaklumkan. Bas bertolak dengan lancar. Pihak polis Palestin mengiringi kami sebahagian didalam bas bersama kami dan dgn kenderaan escort, hingga ke kompleks imigresen Gaza. Semua sudah sedia menunggu, kami diminta kekal dalam bas,sementara passport di'cop'. Terus dgn bas menyeberangi sempadan mesir, dan masuk ke kompleks imigresen mesir. Kami turun bas, urusan di mesir juga agak cepat. Bas yang disewa, diuruskan oleh pelajar mesir juga telah tiba, menunggu kami diluar bangunan kompleks.. Lega hati berjaya keluar dari Gaza in one piece. Sedih kerana terpaksa keluar sehari awal dari jangkaan, sedih mengingatkan sahabat2 warga Palestin yang mana dgn mereka ukhuwwah telah terbina, kami terpaksa tinggalkan dalam keadaan mereka berperang dan mungkin syahid. Mereka melihat syahid sebagai sesuatu yang sangat positif, tiada ketakutan. Tiada ketakutan mereka akan keluarga yang ditinggalkan. Walaupun dhaif, ttapi menjaga kebajikan keluarga yang ditinggalkan syuhada adalah sangat penting dlm budaya mereka.

Kami masuk ke bumi Rafah dengan heavy military presence. Askar dengan kereta kebal abundantly seen sehingga ke Arish. Bas kami diiringi oleh escort polis dan tentera bersenjata.

Alhamdulillah, perjalanan selamat dan lancar. Kami diiringi terus sehingga ke Kaherah. Kami selamat tiba di kota Kaherah bertepatan dgn waktu berbuka puasa, sedikit shj kurma yg ada, kurma dalam simpanan ana cuma 10 biji iu dikongsi oleh semua 33 dari kami, beserta sebotol air yang ana bawa. Allah menggerakkan hati ana utk bersedia dgn bekalan spt itu. Kami kemudian terus ke Rumah Pelajar Malaysia Kedah di Haei Sabi' (seksen 7) kaherah. Kami dijamu nasi mandi. Sedap. Lapar sampai lupa nak ambil gambar
makanan. Hehe.

Berjumpa dgn pimpinan pelajar disini. Sempat berbincang mengenai pertemuan dgn pelajar. Program umumi sudah ada bersama pihak rombongan, malah ada sesi ceramah oleh Dr Jamnul, ceramah oleh Dr Sheikh Muszaphar, forum bersama Cikgu Azmi dan Dr Jamnul, besama Sheikh Muszaphar. InsyaAllah pertemuan dalaman juga akan dijalankan.


Usai solat maghrib, isya dan terawih. Sempat menziarahi dan seorang lagi ahli rombongan yang sakit. Kami beberapa orang, ana bersama Ust Husni Zaim (TKP Shah Alam), Ust Nazri (KP Klang), Ust Abd Khair (maahad tahfiz Derang), Termizi (Ahli majlis PAS), Ir Abdullah, Nizal Mohamed (wartawan) kami pergi
menaiki taxi bersama pelajar mesir.

Ke mana? Makan la brother.. Pekena kebab, kuftah, tawut dan apa lagi entah.. Di restoan Abu Mazin. Sedap sampai lupa nak ambil gambar... Hehe

Balik kekenyangan, terus tidur. Hari yang sibuk esok..


~Dr Ali (bukan nama sebenar.)

-Surat dari aktivis yang menyertai Misi ke Gaza Ramadhan lalu-

Travelog Misi Ramadhan di Gaza: Hari kelima (19/8/11), Yahudi bermain mercun!

Assalamualaikum..

Suka saya mulakan, bahawa walaupun kedengaran bunyi2 mercun yg dilempar yahudi melalui apa alat yg mereka ada, dengar bingit bunyi enjin burung besi F18, keadaan kami selamat, walaupun sedikit anxious, risau, tapi kami ok, masih boleh tido. Mereka di Palestin menganggap ia biasa. Mereka meneruskan kehidupan spt biasa. Rakyat Malaysia pun apa kurangnya, masih boleh tidur nyenyak di balik bunyi mercun israel. Lps hotel bergegar pun, cuak sekejap aje, pastu tido balik...

Ada yang x faham apa yg berlaku? Kesian..

Semalam sy dah cerita kerisauan kami bila Israel mula attack bangunan
berdekatan kami.. Suspense..


Rewind...

Sebenarnya, bermula pada sehari sebelum kami bgerak dari Malaysia 14ogos, sudah kedengaran berita serangan kecil israel ke atas bumi Gaza. Bila kami tiba pada pagi 16ogos, maklumat diterima, israel sekali lagi serang gaza. Sudah dijangka Hamas akan balas dan kemudian israel retaliate balik, etc.


19 Ogos 2011, Gaza City -
2.30am - masing2 ahli rombongan bercerita pengalaman masing2 pertama kali mendengar bunyi letupan, merasa gegaran akibat letupan itu, serta kuatnya bunyi enjin jet. Semua excited dan anxious and worried at the same time.

Tapi more of worried gak..
Apa ni?
Kata "asy-Syahid fi sabilillah asma'amanina"??

Subuh diimami oleh Ust Husni Zaim. Qunut nazilah dibaca.
Seram sejuk, mengalirkan airmata, mengenangkan betapa lemahnya iman dan kekuatan diri, hinanya diri berbanding dgn mereka yg kuat mujahadah mereka di sini, betapa gentarnya hati ini bila memikirkan kemungkinan syahid..
Allahu rabbi.. Betapa kecilnya perjuangan dan pengorbanan kita di Malaysia berbanding dgn perjuangan dan pengorbanan warga Gaza, serta besarnya tanggungjawab mereka menjaga baitul maqdis, kiblat pertama umat Islam...
Kuliah subh diberikan oleh Ust Abd Khair.. Apa ya? X ingat...


10.15am - kami dibawa melawat ke tapak tempat yg di bom semlm. Walaupun bangunan kosong yg kena direct impact, tapi bangunan bersebelahan juga mengalami kerosakan. Di antara yg rosak teruk adalah Masjid Sheikh Zaid.


10.45am - pergi ke NGO yg terbesar di Gaza, Jam'iyyah Rawafed Lil-Ighatsah wat-Tamniyyah (Rawafed Association for Relief and Development). Pengerusinya Ir. Dr. Ahmad Abu Foul mengiktiraf hubungan di antara Malaysia dan Palestin. Mengalu2kan kedatangan Malaysia ke tanah air jedua Palestin.


12.10pm - Tiba di Masjid Dr Abdullah Azzam. Utk Solat Jumaat.


1.30pm - Lawat Masjid Jamiah di mana tempat Sheikh Ahmad Yasin syahid di bunuh Israel. Kami kemudian dibawa melihat rumah Sheikh Ahmad Yasin. Ditunjukkan kerusi yg sedang dia duduk ketika ditembak apache israel.


2.00pm - Pergi ke bangunan Kementerian Waqf dan Urusan Agama. Di sambut oleh Menteri Ustaz Sheikh Dr Salih Husin. Beliau mengalu2kan kedatangan ke bangunan kementerian waqf. Mereka merasai perasaan kita dan susah payah kita. Kedatangan rakyat Malaysia menepati hadis nabi yg menceritakan bahawa
umat Islam spt satu badan, bila satu disakiti yg lain merasai sakit juga. Mereka terus tetap, tsabat di bumi Gaza, dgn org mudanya tetap kuat pertahan bumi ini. Kita dari Malaysia juga sbg Murabitun, kerana dtg ke sini dgn banyak tentangan. Mereka berhadaoan dgn ujian ini, dgn serangan israel, pembunuhan ke atas para amilin, letupan pd masjid dan bangunan, tapi kami tsabat dgn pjuangan ini. Kementirian ini sepatutnya utj seluruh Palestin, tapi kesuahan terdpt pembahaguan kuasa dgn separate govt governing gaza and
west bank...


3.15pm - kami dibawa ke bangunan Jabaliyyah Municipality. Berjumpa dgn Atuk
Bandar. (laporan akan menyusul). Kemudian kami terus ke Beit Hannoun, bandar paling utara Gaza, nampak tembok israel dari sini. Bangunan disini masih kelihatan tanda2 kemusnahan sejak peperangan 2 tahun lepas. Singgah di Masjid An-Nasr yang dibina semula oleh rakyat Malaysia. Masjid ini asalnya dibina di zaman Salahuddin alAyubi. Kemudian melihat tapak rumah Sheikh Salih pemimpin Briged AlQassam yang
diletupkan israel. Kami pergi ke bangunan satu lagi ngo utk berbuka puasa. Slps berbuka terus balik ke hotel utk solat maghrib/isya dan terawih. Sepanjang hari dari pagi hingga malam kedengaran sayup2 bunyi roket dan bom.
Bergegar bumi.


Jam 1am Hamas mengisytihar tamat gencatan senjata sehak dua tahun lepas.

Akan bermula full scale war. Di Mesir, rakyat berdemo minta kerajaan bekerja untuk menyerang balas israel yg menyerang rafah dan menbunuh 7 kolonel mesir. Bandar Rafah menjadi medan perang hingga Arish. Border ditutup. Tapi Rafah adalah SATU2nya jalan keluar dari Gaza. Kedutaan Malaysia dah ambil
perhatian keadaan kami.. Tak tau boleh pulang atau tak. Tinggal lebih lama di sini bukan pilihan yang baik, walau hati menambakan syahid, ingin sekali merawat para mujahidin, ttapi keselamatan lebih penting. Perlu dibawa keluar. Esok pagi bermula evavuation...

Sepanjang malam bunyi bom terus kedengaran...


Dr Ali (Bukan nama sebenar)
Malaysia 

-Surat dari aktivis yang menyertai Misi ke Gaza Ramadhan lalu-

Travelog Misi Ramadhan di Gaza

Assalamualaikum wbt.
InsyaAllah, hari ini (15 Ogos 2011) jam 5 petang, ana bersama sukarelawan MAPIM akan berkumpul di KLIA, sblm berlepas ke Kaherah, Mesir dengan penerbangan jam 9pm. Seramai 32 orang menyertai misi kali ini. Ana sebagai wakil tunggal PAPISMA. Cikgu Azmi (TERAS) sebagai ketua rombongan, disertai Nizal Mohamad (wartawan), Dr Sheikh Muzaphar Shukor (Angkasawan), Azhan Atan (Artis),Ust
Nor Azli Musa (PAS) serta ramai lagi.. Doakan kami berjaya sampai ke bumi para Anbiya', bumi tempat lahir dan terkuburnya ramai para rasul, tempat lahirnya Imam Syafie, tempat Isra'nya junjungan besar kita Muhammad saw., ardhul-muqaddasah, bumi barakah, Palestine.

Tujuan kami, Gaza melalui jalan darat..


Apa yang susah sangat misi ke Gaza ni??? Susah akhi.. Yayasan Amal sudah berkali2 cuba masuk, hanya sekali berjaya.. Flotilla Lifeline4Gaza Mavi Marmara tahun lepas tidak berjaya, Flotilla 2011 juga tidak berjaya. Muslimcare dalam 3 mission, hanya dua kali berjaya, pertama pada 2009, misi kedua gagal pada 2009, dan Muslimcare baru saja berjaya pulang dari misi ke Palestine minggu lepas.. banyak halangannya..

Doakan kami sampai, doakan misi kali ini berjaya.. Masjid An_nasr di Beit Hannoun sudah hampir siap, kami akan meninau, Malaysian-Palestinian Brotherhood Road masih gagal disiapkan, Hospital Paediatrik Gaza, masih terbengkalai, semua ini kami bercita2 untuk bantu merungkai.. Doakan ia
berjaya...


Semoga dengan misi ini, fardhu kifayah ke atas ahli PAPISMA dan alumni UIA, dapat saham kita atas bumi berkat ini.. Bumi yang setiap amalan yang dibuat digandakan dengan seratus kali ganda.. Bayangkan berapa banyak gandaan pahala yang kita perolehi....

Doakan kami selamat pulang.. Doakan keluarga kami yang ditinggalkan di
kampung halaman sihat..

Tolong jenguk2kan anak isteri ana, tanyakan khabar, tak pernah tinggal lama2
mcm ni...

http://www.youtube.com/watch?v=2mL1fhFXZu8&feature=player_embedded

Dr Ali (bukan nama sebenar)