COCA-COLA DI MALAYSIA
Coca-Cola, minuman berkarbonat terkenal serata dunia, juga corporate partner FIFA seawal tahun 1974 lagi, adalah keluaran syarikat The Coca-Cola Company. Coca-Cola adalah minuman paling terkenal dan paling laris dalam sejarah.
Sumber :
http://www.virtualvender.coca-cola.com/ft/index.jsp?brand_id=157
http://www.fifa.com/aboutfifa/marketing/partners/cocacola.html
Melalui The Coca-Cola System, syarikat The Coca-Cola Company melantik bottling partners di serata dunia bagi memasarkan produk-produk yang berkenaan di negara masing-masing dan ini termasuklah menghasilkan minuman, membungkus dan mengedar (Sumber : http://www.thecoca-colacompany.com/ourcompany/the_cocacola_system.html).
Kerana itu jugalah, bukan semua produk minuman The Coca-Cola Company terdapat di semua negara. Minuman teh hijau ShiZen contohnya, hanya terdapat di Malaysia dan Thailand (Sumber : http://www.virtualvender.coca-cola.com/ft/index.jsp?brand_id=770).
Di Malaysia, Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) adalah syarikat yang menjadi bottling partner The Coca-Cola Company melalui F&N Coca-Cola (M) Sdn Bhd semenjak tahun 1936. Di antara produk minuman The Coca-Cola Company yang di-bottle dan dipasarkan di Malaysia oleh F&N ialah Coca-Cola, Vanilla Coke, Sprite dan Aquarius.
* Sejak Januari 2010, F&N Coca-Cola (M) Sdn Bhd telah ditukar nama kepada F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (Sumber : http://www.fn.com.my/food.aspx).
MENGAPA KITA PERLU MEMBOIKOT COCA-COLA?
"Mengapa kita perlu memboikot produk The Coca-Cola Company" - Itu yang lebih tepat.
Ini bermakna apabila kita bercakap mengenai 'boikot Israel', fokus kita ialah bukan memboikot produk F&N tetapi produk The Coca-Cola Company yang di-bottle dan dipasarkan di Malaysia.
Di antara sebab produk perlu diboikot :
- Syarikat Coca-Cola menyokong Israel sejak tahun 1966.
- Pada tahun 1997, Government of Israel Economic Mission menganugerah syarikat Coca-Cola selepas lebih 30 tahun mereka (Coca-Cola) menyokong Israel.
- Presiden/Chairman Coca-Cola Israel (Central Bottling Company) iaitu Moshe Wertheim adalah ahli Israel-America Chamber of Commerce (Sumber : http://www.amcham.co.il/chambermembers/details/7/80). Beliau juga adalah bekas Presiden pertubuhan berkenaan (Sumber : http://www.amcham.co.il/about/executive-committee).
Salah satu misi Israel-America Chamber of Commerce ialah meningkatkan dan mengukuhkan hubungan ekonomi di antara Amerika dan Israel. Misi-misi lain boleh dibaca di http://www.amcham.co.il/about/missionstatement.
- Syarikat Coca-Cola secara tidak langsung menyokong usaha-usaha lobi Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel @ AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee) apabila menjadi Gold Sponsor "The Eagle Star Awards" kali ke-8 yang dianjurkan oleh American-Israel Chamber of Commerce yang mana AIPAC dianugerahkan "Community Partner Award" (Sumber : http://www.eaglestargala.com/2009 dan http://www.eaglestargala.com/2009/sponsors.html).
Di antara misi utama AIPAC ialah memastikan Amerika terus menyokong Israel, begitu juga menyokong ketenteraan Israel dalam menentang 'keganasan' Hamas dan Hezbollah. AIPAC secara terang-terangan menggunakan perkataan terrorist dan terrorism di laman web mereka. (Sumber : http://www.aipac.org/about_AIPAC/default.asp).
Nota : Terdapat banyak lagi sebab mengapa kita, muslimin dan muslimat yang prihatin dengan kesengsaraan saudara-saudara kita di Palestin wajib memboikot The Coca-Cola Company!
JAWAPAN COCA-COLA MALAYSIA (F&N) MENGENAI ISU ISRAEL-PALESTIN
Sumber : http://www.coke.com.my/
Mengambil jawapan di atas secara optimis, kita boleh sahaja menganggap bahawa F&N yang mendapat hak sebagai bottler Coca-Cola di Malaysia prihatin terhadap apa yang berlaku ke atas Palestin dan apa yang dilakukan oleh Israel.
Pun begitu, apa yang membimbangkan kita sekarang ialah peranan The Coca-Cola Company dalam menjana ekonomi Israel. Melalui hujah-hujah yang diketengahkan oleh banyak pihak terutamanya pihak INMINDS, dapat kita melihat bahawa The Coca-Cola Company banyak menyokong perjuangan Israel secara tidak langsung.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, The Coca-Cola Company langsung tidak mempedulikan pandangan dan perasaan pengguna beragama Islam mahu pun bukan beragama Islam yang menuntut keadilan bagi bumi Palestin. Mari kita fikirkan perkara ini bersama :
Kempen memboikot barangan Israel termasuk Coca-Cola telah bermula sejak sekian lama. Mustahil The Coca-Cola Company tidak tahu mengenainya. Namun, adakah ia memberi sebarang kesan kepada sensitiviti mereka? Jawapannya : Tidak.
The Coca-Cola Company terus menerus memberi sokongan kepada Israel. Mereka boleh menyangkalnya, namun fakta-fakta yang ada mengesahkannya.
JIKA THE COCA-COLA COMPANY TIDAK MEMPEDULIKAN KITA,Usah dikira syarikat tempatan mana yang menjadi bottler The Coca-Cola Company. Produk-produk berikut perlu diboikot segera :
MENGAPA KITA SIBUK MAHU MEMPEDULIKAN MEREKA?
PILIHAN DAN KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA!
Aquarius - Cherry Coke - Coca-Cola Classic - Coca-Cola Light (Diet Coke) - Fanta - ShiZen - Sprite - Vanilla Coke
Terdapat banyak lagi produk syarikat Coca-Cola di serata dunia. Bagi mendapatkan senarai lengkap, mohon layari http://www.thecoca-colacompany.com/brands/brandlist.html.
BUKTIKAN ANDA PRIHATIN!!
SEMUA INFO YANG DIAMBIL DARI INNOVATIVE MIND ADALAH DIANGGAP SAH DAN BENAR JIKA TIADA BANGKANGAN ATAU PENJELASAN DARIPADA MANA-MANA PIHAK. KAMI BERSEDIA MENGELUARKAN THE COCA-COLA COMPANY DARI SENARAI JIKA TERBUKTI IA TIDAK BENAR.
UNTUK PENERANGAN LEBIH TERPERINCI BERSERTA RUJUKAN TERKINI OLEH INMINDS BAGI PRODUK SYARIKAT COCA-COLA, MOHON KLIK SINI.
*******************
Artikel Oleh :
Kempen Boikot Demi Palestin
Dengan Sumber Rujukan :
http://www.inminds.com/boycott-coca-cola.html
http://www.thecoca-colacompany.com
http://www.fn.com.my
http://www.coke.com.my
http://www.amcham.co.il
http://www.eaglestargala.com/2009
http://www.aipac.org
http://www.fifa.com/aboutfifa/marketing/partners/cocacola.html
Sumber artikel : http://boikotdemipalestin.blogspot.com/search/label/cocacola
No comments:
Post a Comment