Wednesday, March 14, 2012

Tokoh :Ismail Haniyeh ,Pemimpin Hamas Yang Berjiwa Rakyat

Bumi Gaza terus bermandi darah. Serangan bertubi-tubi roket Israel ke arah Gaza setakat artikel ini ditulis telah mengorbankan 28 orang yang rata-ratanya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. Tentera Zionis kelihatan semakin degil dengan menjadikan kekuatan ketentaraan mereka untuk terus menekan masyarakat Gaza untuk menyerah kalah. Dunia boleh terus mempersoal dan membidas rakyat Palestin kerana enggan tunduk kepada kuasa-kuasa besar dan memenuhi kehendak Israel. Hakikatnya, seluruh dunia boleh terus meminggirkan rakyat Palestin dan meninggalkan mereka bersendirian mempertahankan haq dan membebaskan tanah air mereka. Namun pengalaman telah membuktikan rakyat Palestin tidak akan meninggalkan perjuangan mereka biarpun mereka terdedah kepada kebuluran dan tragedi kemanusiaan akiba sekatan ekonomi dan sekatan antarabangsa. Zionis seolah-olah lupa tidak ada satu perjuangan pun di dunia ini untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan dan penindasan yang gagal. Seluruh kekuatan boleh dikerah untuk menekan perjuangan rakyat Palestin, namun hakikatnya jiwa dan jasad mereka telah diabadikan dalam perjuangan membebaskan bumi Al-Aqsa.

Ketika penulis sedang mencari maklumat mengenai serangan terbaru Zionis ke atas Gaza, penulis amat tersentuh dengan kerendahan hati seorang pemimpin tertinggi, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dalam melayani mangsa-mangsa kekejaman dalam misi serangan yang dilancarkan oleh Zionis ke arah wilayah Gaza. Penulis memperoleh gambar-gambar beliau ketika melawat mangsa-mangsa tersebut dari Facebook seorang pemimpin tertinggi Hamas. Alangkah malangnya bagi penulis kerana tidak dapat mengerti perkataan yang ditulis oleh beliau kerana penulis kurang memahami bahasa Arab. Tiada perkataan yang dapat penulis ungkapkan betapa sayangnya Islamil Haniyeh kepada rakyatnya, disebalik ketegasan dan kegarangan beliau ketika berhadapan dengan algojo Zionis, terselit jiwa lembut seorang pemimpin yang menyantuni rakyatnya. 

Biarlah gambar-gambar ini mengungkapkan segalanya.... 


Mungkin ciuman ini adalah untuk mencium haruman syurga pada tangan si kecil mujahid ini..

Ciuman yang penuh kasih sayang seorang pemimpin tertinggi kepada seorang rakyat biasa..


Damailah kamu dalam tidurmu wahai mujahidku..

"Andai sahaja aku dapat mengganti dirimu dalam menanggung kesakitan ini wahai mujahid kecilku sayang" mungkin kata-kata ini yang terpacul dari hati kecil sang pemimpin.

Andai ciumanku umpama ciuman Rasulullah ke dahi Husain..

Bersabarlah mujahid kecil, semoga Allah membangkitkan kamu dengan wajah yang berseri di akhirat kelak sebagai penghuni syurga..


Semoga jasadku yang mencium tanganmu akan tetap gagah untuk membela umat ini..




Bagaikan siang di rimba, menjulang tinggi panji kebenaran, takkanku mundur walau selangkah!

Dua ikon pejuang Islam masa kini, Ismail Haniyeh bersama pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Ismail Haniyeh ketika melayani anak-anaknya dirumahnya.Inilah pemimpin  yang diidami rakyat zaman ini! Allahuakbar!


Ismail Haniyeh lahir pada Januari 1963, (Bahasa Arab: إسماعيل هنية) adalah pemimpin politik utama kumpulan / parti Hamas dan bekas Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin.

Selepas Hamas merampas Gaza daripada Fatah pada 14 Jun 2007, beliau telah dipecat oleh Presiden Mahmoud Abbas. Sebenarnya Mahmoud Abbbas selaku Presiden Palestin, tiada ada kuasa membubarkan kabinet Ismail Haniyeh. Oleh kerana itu Ismail Haniyeh menolak pembubaran dan pemecatan itu kerana tidak perlembagaan.

Haniyeh dilantik sebagai Perdana Menteri pada 16 Februari 2006 berikutan Hamas diubah dan dibentuk semula pada selepas Hamas menang dalam Pilihan raya legislatif Palestin 25 Januari 2006. Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 29 Mac 2006. Kemudian beliau meletak jawatan pada 15 Februari 2007 untuk membentuk kerajaan perpaduan antara Hamas dan Fatah. Beliau sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 18 Mac 2007.

Biodata
Haniyeh lahir di kem pelarian Al-Shati di Genting Gaza. Pada 1948 ibu bapanya melarikan diri selepas serangan-serangan bom Israel dan tempat itu kini dikenali sebagai Ashkelon di Israel. Pada 1987, Ismail mendapat ijazah kesusasteraan Arab dari Universiti Islam Gaza. Pada 1989 dia dikurung selama 3 tahun oleh pihak keselamatan Israel dan dibebaskan pada 1992. Selepasa itu diusir oleh Lubnan. Dia pulang ke Gaza dan dilantik sebagai dekan Universiti Islam.

Selepas pemimpin rohaniah Syeikh Ahmed Yassin dibebaskan pada 1997, Haniyeh dilantik menjadi pengerusi Hamas. Tapi Israel mensasarkannya sebagai orang yang bertanggungjawab membunuh rakyat Israel.

Pada 2003 dia cedera di tangan selepas tentera udara Israel melepas tembakan di Baitulmuqaddis. Serangan Israel ini berikutan tindakan pejuang Hamas meletupkan diri dan mencederakan warganegara Israel. Pengaruhnya semakin meningkat selepas Kebangkitan Intifada terutama kerana hubungan erat dengan Syeikh Ahmed Yassin dan ramai pemimpin Hamas dibunuh oleh pihak keselamatan Israel.

Pada Disember 2005, Haniyeh telah dilantik mengetuai parti Hamas dan Januari 2006 memenangi pilihan raya Palestin.

Pada 16 Februari 2006, Hamas mencadangkan Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri Palestin. Pada 30 Jun 2006 kerajaan Israel mengancam membunuh Haniyeh jika militan Hamas tidak membebaskan Gilad Shalit. Gilad Shalit ialah tentera Israel yang telah menceroboh dan mengintip di kawasan Gaza. Gilad tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pada 20 Oktober 2006 Ismail Haniyeh mahu Fatah dan Hamas bersatu dan tidak bertempur sesama sendiri. Malam itu, Ismail terselamat dari serangan ketika sedang dalam konvoi untuk menemui Mahmoud Abbas di Gaza. Serangan itu bukan satu pakatan bunuh, sebaliknya seorang anggota Fatah yang mengamuk selepas bertelingkah dengan Hamas.

Pada 14 Disember 2006, Ismail Haniyeh dilarang masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah, Mesir. Beliau dilarang masuk oleh Menteri Pertahanan Israel Amir Peretz.
Anak sulung Haniyeh cedera ketika melintasi sempadan.

Israel menilai Ismail Haniyeh sebagai bahaya kerana tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Ismail Haniyeh juga enggan mematuhi syarat meletakkan senjata.
Oleh itu langkah de facto sekatan ekonomi dilakukan. Kerajaan Israel enggan menyerahkan lebih USD600 juta wang cukai milik sah warga Palestin di Gaza.

Ismail Haniyeh menjawab beliau dilantik secara demokrasi oleh warga Palestin dan Israel tidak boleh menekannya. Israel tidak sepatutnya memberi layanan berbeza. Peruntukan wang cukai itu adalah hak sah rakyat Palestin, bukan sedekah daripada Israel.

Amerika juga menganggap Hamas sebagai organisasi pengganas. Amerika mengarahkan 50 juta dolar tidak dikeluarkan dari bank-bank asing untuk membantu kerajaan Hamas di Palestin. Menteri Ekonomi Palestin Mazen Sonokrot bersetuju memulangkan semula bantuan Amerika.

Ismail Haniyeh berkata,
"Pihak Barat sentiasa saja menggunakan wang bantuan kemanusiaan untuk menekan kembali penduduk Palestin yang dibantu."

Hamas mahu Israel terlebih dahulu mengiktiraf negara Palestin sebagaimana peta 1967, membebaskan banduan di penjara Israel, mengiktiraf hak pelarian untuk pulang ke Palestin. Jika tidak mereka akan terus berjihad sehingga Baitulmuqaddis dibebaskan. Malangnya Israel terus menghalang penduduk Israel untuk terus bekerja di tanah mereka, merampas tanah mereka dan melakukan pembunuhan demi pembunuhan.




No comments: