Sunday, May 29, 2011

Cetusan : Keadilan Yang Sirna

Mendengar berita mengenai penangkapan Ratko Mladic, penjenayah perang yang bertanggungjawab dalam pembantaian rakyat Bosnia dalam misi pembersihan etnik untuk melakar peta berdarah Balkan. Kini, beliau sedang menjalani sesi ekstradisi bagi menghadapi tempoh pengadilan beliau di tribunal jenayah Perang Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di The Hague, Belanda.

Penjahat Perang Bosnia, Ratko Mladic Ditangkap di Serbia
Ratko Mladic

Penangkapan beliau membuatkan saya mengingati semula penangkapan bos beliau, yakni Radvan Karadzic, yang berjaya ditangkap pada tahun 2008 setelah menjadi buruan internasiaonal selama hampir 16 tahun. Saya menyelongkar semula di internet untuk mengingati semula memori penagkapan beliau. Memetik berita Utusan Malaysia, Julai 2008 :

Radvan Karadzic , 1994
Ketika beliau ditangkap, 2008
"Selepas 13 tahun hidup sebagai pelarian dia akhirnya berjaya ditangkap yang mebawa kepada tertutupnya salah satu buku tebal mengenai jenayah perang dan kemanusiaan paling kelam dalam sejarah moden ketamadunan manusia.Tentunya, dalam senarai penjenayah perang Bosnia, Radvan Karadzic merupakan antara nama paling atas sebagai manusia paling dikehendaki. 
Selepas menyamar sebagai seorang doktor berjanggut tebal dan putih serta berkaca mata hitam dan bertahun-tahun hidup bebas dengan identity baru, dia akhirnya berjaya ditangkap pada malam hari isnin lalu dipinggir Belgrade.Pihak berkuasa Serbia dikatakan menunggu beberapa minggu untuk menangkapnya selepas mendapat maklumat daripada perisikan asing mengenai penyamaran dan tenpat persembunyian lelaki ini. 
Sama ada pernah berada kesala tau tidak terhadap kejahatan yang dilakukan selama ini, dia kini menunggu hari untuk berdepan dengan pengadilan di hadapan tribunal jenahyah Perang Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di The Hague, Belanda. 
Pastinya semua sudah maklum setiap pendakwaan yang diadakan tidak pernah membebaskan individu tertuduh dan nasib bekas Presiden Republik Serbia tidak susah untuk dijangkakan.Cuma bezanya kehidupan dia dipenjara kelak jauh lebih baik berbanding berpuluh-puluh ribu tahanaan yang merasai segala azab dan derita dunia semasa watak antagonis kemanusiaaan ini bermaharajalela. 
Sama ada hukuman yang akan diterima adil atau tidak, ia bukan lagi persoalan, sedangkan segala perilaku dan perbuatannya sepanjang 1992-1995 dianggap lembaran paling gelap dalam sejarah hitam dunia. 
Jika angka yang menjadi perkiraan, maka kira-kira 200 000 nyawa, kebanyakannya penduduk Islam Bosnia dan Croat telah menemui ajal secara kejam dan hina. Selain lebih 1.8 juta menjadi pelarian di tanah tumpah sendiri, dalam usaha dia melakar peta baru rantau Balkan dengan warna darah atas tahanan nasionalis sempit untuk mewujudkan sebuah negara untuk Bangsa Serbia. 
Andai sejarah menjadi saksi, maka Karadzic seorang doctor berfahaman nasionalis serta merupakan seorang penyajak , bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai paling besar selepas Perang Dunia Kedua. 
Di tangan lelaki kelahiran Petnjica di wilayah Montenegro ini, lebih 8,000 lelaki Islam dibunuh secara kejam di Sebrenica hanya dalam insiden tunggal pada Julai 1995, sekaligus mengangkat andaian kenapa dia selayaknya digelar ‘penyembelih Balkan.’ Demikian juga tindakan Karadzic bersama-sama komander tenteranya, Ratko Mladic melancarkan kepungan ke atas Sarajevo selama 44 bulan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk awam terbunuh. 
Sepanjang tempoh kepungan tersebut, pengganas Serbia telah menjadikan penduduk awam sebagai sasaran tembakan senjata berat dan penembak tepat dengan tujuan mendatangkan maut dan kecederaan, Tidak ada siapa yang dapat mengetahui dengan tepat kekejaman yang dilakukan, namun sebagai Presiden Serbia pada masa itu, dia dikatakan bertanggungjawab sepenuhnya merancang dan mengarahkan pembunuhan, pengusiran dan penyeksaan secara sistematik."
Keadilan Yang Sirna

Mengapa saya mengungkit kembali sejarah silam ini? Pastinya saya mempunyai sebab yang sangat rasional dalam membangkitkan semula memori pahit bagi Umat Islam ini. Jika kita ingin mengatakan Radvan Karadzic dan Mladic sebagai kejam, tidak bertamadun, tetapi, jangan lupa, penjenayah perang terbesar pada abad ini masih lagi bebas dan semakin rancak merencana kekejaman seterusnya.

Siapakah lagi kalau bukan algojo-algojo Rejim Zionis? Kekejaman mereka sudah jelas dan ternyata tercatat dalam sejarah.

11 Julai 1920 : Zionis membunuh lebih 400 rakyat Palestin di Ludd.

20 Ogos 1948 : Zionis membunuh 360 orang awam Palestin di Beit Daaris dalam usaha mengusir mereka dari bumi Palestin.

15 Oktober 1952 : Zionis membunuh lebih 156 penduduk kampung Qubaiyyah untuk menguasai dan menduduki kawasan tersebut.


16 September 1982 : Peristiwa penyembelihan umat Islam seramai 3,000 orang di Shabra dan Shatilla oleh tentera Zionis yang dipimpin oleh Ariel Sharon.

22 Julai 2002 : Tentera Zionis membunuh rakyat Palestin beramai-ramai di Hayy al-durj. Antara yang terbunuh ialah ketua Hamas cawangan Gaza, Syeikh Solah Syahadah.


12 Oktober 1956 : Zionis membunuh 275 penduduk Palestin di Khan Yunis untuk menawan kawasan tersebut.

Ini hanyalah senarai pendek dan cukup ringkas tentang kekejaman Zionis , jika ingin saya senaraikan semuanya, alamatnya sampai esok pon saya tak habis tulis, mungkin bukan esok, mungkin lusa, atau tulat, atau minggu depan. (kerana sanggggaaaaaaat banyak)

Namun, persoalannya ialah, mengapa kekejaman mereka seolah-olah direstui oleh masyarakat antarabangsa lebih-lebih lagi PBB yang hanya mampu melemparkan kutukan keras yang kaku tanpa reaksi fizikal yang mampu menamatkan episod penderitaan ini? Ariel Sharon, Shimon Peres, Ehud Olmert. Netanyahu, Ehud Barak, tidak pernah dihadapkan ke The Hague. Mungkinkah nyawa ribuan umat Islam yang terbunuh di Palestin sangat murah ibarat nyawa semut yang mati dipijak gajah? Hanya ingin menghalalkan pembunuhan ini dengan menggunakan alasan tragedi Holocaust merupakan alasan yang sangat rapuh kerana sesungguhnya Hitler telah mati dan tidak mungkin hidup kembali. Tapi, malangnya, rakyat Palestin yang terpaksa menanggung derita akibat kerakusan dan ketamakan Zionis.

Jika ingin menyebut tentang kekejaman mereka, mana mungkin kita melupakan sahabat Israel, yakni US. Jika kita menafikan hubungan Amerika dan Israel ia umpama kita menafikan kemunculan matahari di waktu siang dan kegelapan pada waktu malam. Lebih daripada 40 veto telah digunakan oleh Amerika di dalam perhimpunan-perhimpunan Majlis Keselamatan (Security Council) PBB jika ada saja usul untuk mengenakan tindakan terhadap keganasan Israel.

Di mana keadilan ini? Lidah yang mengungkap bicara persoalan tanpa berbekas di hati untuk melakukan sesuatu demi mengakhiri episod pengkianatan ini tidak cukup. Saudara-saudara, kita perlu melakukan sesuatu. Lakukan apa? Ah, bak kata Nabil, Lu Pikirlah Sendiri. Atau kata yang lebih manis bak kata ustaz saya, Ustaz Ridhauddin,  we have hugh task to do.

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah orang-orang berjihad dengan bersungguh di antara kamu, dan (belum lagi) nyata orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangannya)? "(Ali-Imran:142)

No comments: