Sambungan...
15 mei. Di bilik pengetua lewat petang itu.
"Kamu berdua ni dah besar, kenapa berkelakuan macam budak tadika?"
Kedua mereka masih tak sedar. Masih bersemangat menyalahkan satu sama lain. Masih kuat tuduh -menuduh. Masih benci-membenci!
"Rania, boleh cikgu tanya sesuatu?" melihat Rania terus diam sahaja, si pengetua meneruskan kata,
"Kamu suka ke tengok rakyat di Gaza kena 'sembelih' setiap hari?"
'Aik.. apa kaitan dengan orang Gaza pulak? Mamai ke apa orang tua ni?'
Dia hanya menggeleng. Linda turut tayang muka pelik.
"Kamu tahu apa rahsia disebalik tarikh hari ini?" kali ini pengetua tatap muka Linda pula. Gelengan jua diterima.
"48 tahun dahulu, hari ini, tentera British yang menjajah Palestin menyerahkan bumi barakah tersebut kepada Yahudi yang Laknatullah!" (15 Mei 1948)
Ghazwatul fikr
Kita sebagai satu ummat sepatutnya sama-sama merasai kepedihan dan keperitan mereka tapi malang, akibat konspirasi barat, yang menguasai hampir semua negara Islam melalui serangan minda dan pemikiran, keprihatin kita terhadap mereka ini kini hampir luput sepenuhnya."
"Lihat sahaja diri kamu sendiri. Apa kamu tidak malu mahu mengaku Islam? Golongan muda sekarang sudah terlalu leka dengan duniawi, sudah hilang arah dalam hidup serba mewah. Sudah lupa tugas asal diturunkan Allah ke muka bumi.
Kenapa kita dilahirkan?
Biar saya tanya kamu, agak-agak kamu lah, kenapa kamu dilahirkan ke dunia ini, Linda? Untuk membuli, menindas yang lemah? Habis, apa beza kamu dengan tentera-tentera kejam Israel?" ujar lelaki yang sudah hampir 50 tahun itu dengan nada keras. Bosan juga terpaksa berdepan pelajar-pelajar sebegini hampir setiap hari.
Terpana Linda mendengar kata-kata sang pengetua. Hatinya benar-benar pedih, sakit dan semua perasaannya bercampur baur. Dia juga seorang perempuan yang punya hati. Mana mungkin dia sanggup menerima apabila disamakan dengan pihak Zionis yang maha kejam!
Perlahan air matanya menitis. Malu dengan diri sendiri.
"Kalau semua remaja Islam perangai macam kamu Rania, alamatnya akan hancur lah Islam. Mak kamu pernah ajar kamu ke, kalau saudara kita buat jahat kita kena balas?
Betul lah apa yang disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:
“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.”
(Hadith riwayat Al-Baihaqi)
Sebenarnya, ini lah yang golongan kafir itu inginkan. Kamu sibuk membenci, berdendam dan bermusuh sesama kamu, sampaikan tiada lagi ruang untuk umat Islam bersatu padu. Sampaikan kamu lalai terhadap perkara yang lebih utama ~ tanggungjawab dakwah kamu sebagai seorang muslim. Tanggungjawab kamu untuk membela saudara-saudara kamu yang ditindas!!"
Rania dan Linda saling berpandangan dan kembali menunduk, merenung kaki masing-masing.
Argh.. Mukmin kah aku?
Perlis.
No comments:
Post a Comment