Seringkali berlaku percanggahan dalam masyarakat dunia mengenai cara bagaimana untuk mencapai kedamaian di Asia Barat khususnya di Palestin. Ramai pemerhati yang kurang teliti sering memberikan pendapat supaya diadakan proses gencatan senjata atau penjanjian kedamaian antara Israel dan Palestin. Bukan sekali, malah berpuluh resolusi pendamaian telah dilakukan walau dibawah organisasi PBB, namun Israel tidak boleh difahamkan dengan bahasa manis apatah lagi undang-undang dunia. Benar kata as-Syahid Dr. Abdullah Aziz Rantisi, "Israel hanya memahami bahasa perang."
Perjanjian berdamai dengan Israel perlu dibayar dengan darah Umat Islam Palestin |
Terdapat dalil-dalil yang menjelaskan hal ini seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar :
Pada hari minggu, 18 Jamadil Awal 1375 H/ januari 1956 M, Jawatankuasa Fatwa al-Azhar mengadakan pertemuan khusus yang diikuti oleh anggota dewan ulama-ulama senior al-Azhar dan dipimpin oleh Prof. Sheikh Mohammed Hassanein Makhlouf, salah seorang ulama senior Al-Azhar, yang juga mantan mufti Mesir. Pertemuan itu dihadiri oleh Sheikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazha Syafiee, Syeikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Lembaga Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari Mazhab Maliki, Syeikh Muhammad Abdullathif As-Subki, Pengarah Pasukan Pemeriksaan di Universiti Al-Azhar dari Mazhab Hanbali dan Syeikh Zakaria Al-Birri, Setiausaha Jawatankuasa Fatwa. Pertanyaan di bawah telah dipertimbangkan dan daripada itu beberapa fatwa telah dikeluarkan seperti berikut :
Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar Asy-Syarif telah memperhatikan beberapa pertanyaan tentang pandangan Syariat Islam seputar hukum berdamai dengan Israel yang telah merampas tanah Palestin, kemudian mengusir penduduknya, membantai para wanita, anak-anak, orang tua dan pemuda, merampas harta benda mereka dan melakukan perbuatan-perbuatan keji di tempat-tempat ibadah dan tempat suci kaum muslimin.Juga tentang hukum saling mencintai dan tolong menolong dengan negeri-negeri penjajah yang membantu Yahudi dalam membantu mereka dengan sokongan politik dan bahan-bahan untuk mendirikan negara Yahudi di jantung kawasan negara- negara Islam.
Dan juga tentang undang-undang bersekutu yang digembar-gemburkan negara-negara kolonial yang tujuannya tidak lain agar Yahudi tetap wujud di tanah Palestin, bagi memudahkan mereka menjalankan misi kolonialisme.Dan juga tentang kewajipan kaum muslimin terhadap tanah Palestin dan usaha mengembalikan rakyat Palestin yang terusir dari negeri mereka, serta kewajipan kaum muslimin menentang projek Israel memperluaskan tanah jajahannya dan usaha mereka untuk menarik orang Yahudi di pelbagai negara untuk bermukim di Palestin, yang tentunya akan mengukuhkan kewujudan dan kekuatannya serta menjadi ancaman bagi negara-negara disekelilingnya.
Jawatankuasa Fatwa menyatakan bahawa perdamaian dengan Israel-sebagaimana yang dinginkan oleh orang-orang yang menyeru kepada hal tersebut-tidak dibenarkan secara undang-undang syara' , kerana di dalamnya terdapat pengiktirafan terhadap penjajah untuk meneruskan usaha penjajahannya, pengakuan keberhakannya terhadap tanah jajahannya, dan sokongan kepada mereka untuk meneruskan agendanya. Padahal semua agama samawi dan agama-agama non samawi sepakat mengharamkan penjajahan dan mewajibkan dikembalikannya tanah jajahan kepada pemiliknya
Jawatankuasa juga menyeru kepada pemilik hak (rakyat Palestin) untuk membela dan merebut haknya.

Kerana di dalam Hadits ditegaskan,
"Barang siapa yang terbunuh karena membela kehormatannya maka ia syahid."
Dalam Hadits lain,
"Bagi tangan (pemilik) apa yang diambilnya (dimilikinya) sampai dikembalikan."
Maka tidak boleh bagi kaum muslimin untuk menyokong usaha damai dengan Yahudi yang merampas tanah Palestin, menzalimi rakyatnya dan mengambil secara paksa harta benda mereka. Ini ialah usaha untuk menentang Yahudi yang berusaha mengukuhkan kedudukannya untuk tetap tinggal di tanah Palestin dan mendirikan sebuah negara di atas tanah suci negeri Islam ini.Bahkan wajib bagi kaum muslimin semuanya untuk saling membantu, tanpa memandang suku, bangsa, perbezaan bahasa dan warna kulit-untuk mengembalikan rakyat Palestin ke negeri mereka, menjaga kesucian masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat turunnya wahyu, tempat solatnya para nabi yang diberkahi oleh Allah swt, dan menjaga peninggalan-peninggalan sejarah Islam dari tangan para penjajah.
Wajib juga bagi mereka untuk menolong para mujahidin dengan senjata dan kekuatan untuk berjihad, dan hendaknya mereka mengeluarkan segala kemampuan yang dimiliki untuk mensucikan negeri Islam dari tangan penjajah yang zalim.
Allah SWT berfirman:

"Dan persiapkanlah bagi mereka (musuh-musuh Allah) kekuatan, apa saja yang engkau bisa, dan dari kuda-kuda perang yang ditambat, yang dengannya engkau membuat gentar musuh Allah dan musuh kamu ..." (Al-Anfal: 60)
Barang siapa yang tidak menyokong hal ini atau mengabaikannya atau mencela kaum muslimin karenanya, atau mengajak kepada hal-hal yang dapat memecah- belah persatuan kaum muslimin, dan mendukung usaha-usaha negara-negara penjajah dan Zionis untuk merealisasikan rencana mereka terhadap negara-begara Arab dan Islam, terutama negara Palestin ini, maka dalam undang-undang Islam dia telah keluar dari Jama'atul Muslimin dan telah melakukan dosa yang besar.
Bagaimana tidak, semua orang tahu bahawa Yahudi selalu berbuat malapetaka terhadap Islam, kaum muslimin dan negara-negara Islam, sejak dari zaman kenabian sampai sekarang, dan bahawa mereka tidak cukup sekadar menzalimi rakyat Palestin dan mengotori Masjid Al-Aqsa sahaja, melainkan, rencana besar mereka adalah untuk menguasai seluruh wilayah negara-begara Islam yang berada di antara sungai Nil dan Eufrat. Maka wajib bagi kaum Muslimin untuk bersatu bagi menghilangkan bahaya besar ini, membela negeri-negeri Islam dan menyelamatkannya dari tangan-tangan penjajah.
Allah SWT berfirman:
"Dan berpegang teguhlan kamu sekalian pada tali Allah dan janganlah berpecah belah ..." (Ali Imran: 103)
Adapun bekerjasama dengan negara-negara yang membantu ekstrimis zalim ini dengan bahan-bahan dan persenjataan sehingga tetap wujud di tanah kaum musllimin, hal itu tidak dibenarkan menurut syara ', kerana ia merupakan usaha saling bantu-membantu dalam kezaliman dan mendukung mereka dalam permusuhannya terhadap Islam dan negeri- negeri Islam.
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan teman orang-orang yang memerangi kamu dan mengeluarkan kamu dari negerimu sendiri serta orang-orang yang membantu orang lain untuk mengusir kamu. Barang siapa yang menyokong mereka, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. "(Al-Mumtahanah: 9)
Dalam ayat lain Allah berfirman:
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (Al-Mujadalah: 22)
Sumber Rujukan : eramuslim.com
No comments:
Post a Comment