Saya cukup tertarik dengan artikel yang di'post' sebelum ini, tentang taqwa.
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Rasulullah SAW mengulang ayat "Attaqwa ha huna" yang bermaksud "taqwa itu di sini" sambil menunjukkan dada sahabat sebanyak 3 kali.
Allah mewajibkan puasa kepada kita sebulan penuh sebagaimana firmanNya dalam Surah al Baqarah ayat 183.
Ini adalah apa yang dapat disimpulkan :
Input : Iman
Proses : Puasa
Output : Taqwa
Ringkas tapi susah nak dipraktikkan, bukan?
Dalam membahaskan soal taqwa, Saidina Ali karamallahuwajhah ada mengatakan tentang ciri-ciri manusia bertaqwa.
1. takutkan Allah
2. beramal dengan Al Quran
3. bersiap menghadapi hari akhirat
4. redha dengan pemberian Allah walaupun sedikit
Saya mengandaikan, seseorang yang mempunyai ciri-ciri taqwa, pastinya dia adalah seorang graduan dari universiti ramadan yang cemerlang.
Setuju?
Semalam, dalam perjalanan pulang dari Konsert Ana For Gaza, saya sempat berbual-bual dengan seorang mak cik yang agak uzur. Katanya baru pulang dari Pasar Malam Bangi. Dalam perbualan saya dengan beliau, saya mengambil kesempatan untuk bertanya soal Ramadan kepada beliau.
"oh, mak cik suka kuih muih, bazar ramadan banyak.."
"puasa tiap-tiap tahun sama je.."
Yang ni pula jawapan dari seorang pak cik pemandu teksi, berumur lewat 40-an.
Entah mengapa, saya rasa terlalu sedih dengan jawapan yang diberikan. Mungkin mereka mempunyai jawapan atau ulasan yang lebih menggetarkan jiwa jika saya terus berbincang tentang isu puasa ini jika Allah izinkan saya berbual lebih lama dengan mereka. Wallahua'lam..Allah Lebih Mengetahui.
Yang pasti, itu adalah jawapan daripada 2 orang manusia yang wujud pada hari ini. hari di mana ibu-ibu tua kehilangan anaknya. hari di mana rijal-rijalnya ditembak tanpa rasa kasihan. hari di mana rumah-rumah, tempat berteduh yang menyimpan segala memori dan kenangan dimusnahkan. dan ini sedikit sebanyak memberi gambaran betapa Ramadan yang kita telah lewati selama ini adalah SIA-SIA!!
1.8 billion muslim wujud di dunia ini, pada hari ini. hampir 23% daripada populasi penduduk di seluruh dunia. Bayangkan betapa ramainya kita!!
Ustaz Azhar Idrus, dalam satu kuliah yang beliau berikan telah menyatakan bahawa jika seluruh JAzirah Arab bersatu tenaga dalam erti kata mengumpulkan senjata bersama-sama, Israel akan lenyap dari peta dunia. [sebenarnya tak pernah wujud pun negara Israel, kan??]
Tapi, berapa ramai yang bangkit mempertahankan Bumi Al Quds?
Sedikit, bukan?
padahal, tiap-tiap tahun ramainya umat Islam berpuasa. dan sepatutnya taqwa kita semakin mantap. dan sepatutnya ramailah yang bangkit bersama memperjuangkan Islam, berjuang mempertahankan bumi Palestin.
dan persoalannya, adakah kita antara mereka yang bangkit itu???
p/s: Umat islam yang 'tak keluar' berjuang adalah lebih ramai dari yang 'berTAQWA'. Anda nak jadi yang mana satu??
SELAMAT MENEMPUH MADRASAH RAMADAN, SAMA-SAMALAH KITA MEREBUT PIALA TAQWA!!
No comments:
Post a Comment