Tuesday, July 5, 2011

Cetusan : Kita dan Palestin


Oleh : Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

           Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk Palestin, sebenarnya anda masih tidak faham-faham isu Palestin. Palestin bukan isu sedekah dan derma. Palestin adalah jihad dan kewajipan. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu..

        Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikanNya itu. Tiada muslim yang tidak mengambil bahagian dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti.

Seorang ibu mendakap anaknya yang dijemput pulang, "Sabar nak, kita akan bertemu di Jannah. Sampaikan salam ibu kepada bapamu.."

      Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat Nabi Muhammad SAW. Dari tika bumi suciNya itu (tanah haram), Allah memberi keamanan untuk Mekah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daipada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali. Ia menjadi rebutan sepanjang zaman oleh umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing-masing dan mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan mereka ialah di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus iaitu Islam, agama tauhid Nabi Ibrahim al-Hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga-tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujah mutlak untuk memilikinya.

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri. Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas  perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan-angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak-anak Tuhan yang diberkati akan segala tindakan mereka.
        Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenar dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah milik umat Islam.

      Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru itu harapan, azam, keyakinan dan masa depan umat Islam harus sentiasa dilumpuhkan serta dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat islam mesti kekal putus asa, putus harapan dengan Tuhannya. Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan kepada Tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.

Anak ini menangis pilu melihat ibunya yang mati ditembak dihadapan matanya sendiri. Wahai dunia, apakah masih punya ruang untuk ketawa kekenyangan?

         Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang hingga kiamat. Bermula dengan keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin, dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi. Anda mesti tahu mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.

          Jangan harapkan Negara-negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri mereka daripada tohmahan bahawa mereja adalah sebahagian konspiraasi pengeboman Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel!! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah lagi mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMAS lah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.

         Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih ditakutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri? Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan ialah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajipan berjihad fisabilillah.

        Setiap daripada kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajipan membebaskan bumi suci Palestin. Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM 100 setahun untuk perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa daripada cengakaman Zionis, maka wakil pejuang Islam Palestin yang dating ke nagara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM 1 juta dari rakannya Malaysia. RM 1 juta itu banyak, tetapi ia adalah terlalu kerdil di hadapan bebilion dollar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutunya Amerika untuk menjajah tanah suci itu. RM 1 juta banyak, tapi ia adalah sedikit jika dibandingkan dengan 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajipan agama, umat Islam di Malysia mestilah mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.

       Allah tidak menerima RM 100 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dalam dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan redhaNya. Ertinya, bukanlah RM 1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada 10,000 umat Islam di Malaysia, bahkan memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajipan dan jihad.

        100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM 1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat Bandar pertengahan yang bertaqwa, sudah cukup untuk menghasilkan RM 1 juta untuk Palestin.

         Jika setiap daripada kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10,000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu sahaja untuk menghantar RM 10 juta setiap tahun ke sana.

      Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan betapa gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumpah wang yang sebanyak itu dating daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi Laknatullah itu.

     Saya membubuh angka supaya anda tahu bahawa Allah mengurniakan pahalaNya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing-masing di Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa adalah bersamaan dengan lebih ratusan ribu rakaat berbanding dua rakaat dan sujud anda di balaisah di hadapan rumah anda.
Bukan negara-negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih-buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung betapa beratnya. 

Sudikah setiap daripada kalian mendaftarkan diri sebagai pejuang Islam untuk membebaskan Palestin? Jika anda sudi, isilah borang dengan tinta taqwa di dada anda.
Tiada pilihan lain, menang atau syahid


4 comments:

afiqah humaira said...

syukran ya ukhti..sgguh kagum dgn semangat ukhti..moga Allah merahmati dlm usaha kte menyemai cinta di jalan Allah ini..AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Amir Hamzah said...

Allahuakbar .

diana rossleen said...

salam..memang terbaik la yati..semangat yg tak pernah pudar sejak zaman sekolah..'teringat kenangan TGB' tiba2..insyaAllah, kita akan terus berjuang utk palestin dan islam..:)

zinnirah_humaira' said...

allahuakbar, ni hnyela sumbangan sekerdil hama, bukan sy seorg sahje, ramai lagi lg2 rakan2 lain yg menjadi tonggak.. ape2 pon syukron afiqah n diana.. ;)

p/s : didi, mmg rindu saat2 kte selalu berbincang psl isu2 palestin mse kat tgb dulu kan?