Sunday, May 29, 2011

Inspirasi : Wasiat Sheikh Ahmah Yassin Untuk Umat

As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin



"Sesungguhnya aku seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang lumpuh (lumpuh setelah disiksa di penjara Israel) ."

Renungkanlah wahai saudara. Moga ruh jihad menyala dalam tubuh kita-


Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab ( symbol ummat Islam) sudah sampai ke tahap mana keadaan ini??

Sesungguhnya aku seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang lumpuh (lumpuh setelah disiksa di penjara Israel) . Aku bukan seorang penceramah lantang yang mampu mengegarkan semua tempat dengan suaraku (yang lemah ini). Aku tidak mampu ke mana mana bagi memenuhi keperluanku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa macam macam penderitaan. 


Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian sebegitu wahai bangsa arab, kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa.Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku kepada kami sehingga tiada satupun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah…..Tiada satu kumpulan pun dari kalangan kalian bangun menentang musuh musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukar kami dari kalangan mulia kepada golongan yang diinaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah kamu yang mahu bangkit menentang musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah ummat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah Negara ummat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami. Adakah pertubuhan umat ini, tenteranya, partinya, tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya dan keluar beramai ramai sambil melaungkan;

Ya Allah, perkuatkanlah saudara kami yang sedang dipatahkan tulang mereka, kasihanilah saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hambamu yang beriman.!!

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang perang besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh kami dan bukan mati dengan melarikan diri.Akan mati bersama kami anak anak kami, wanita , orang tua dan pemuda kami. Kami jadikan kalangan mereka kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Jangan kalian menanti kami menyerah diri atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah.Biar kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhadak.Jika kalian mahu, marilah bersama kami. Tugas membela kami di bahu kalian. Kalian sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa yang lalai dari kewajipan amanahnya.

Kami juga berharap supaya kalian jangan menjadi musuh yang menambah derita kami.DEMI ALLAH jangan menjadi musuh kami wahai pemimpin ummat ini, wahai bangsa umat ini.....

1 comment:

Anonymous said...

tidak sempurna iman seseorg kalau tidak mencintai bumi al-quds