Showing posts with label Fatwa. Show all posts
Showing posts with label Fatwa. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Fatwa : Boikot Barangan Israel Menurut Yusuf Qaradhawi



SOALAN : Apakah kita dibenarkan membeli barangan dari sumber Israel, sedangkan wang yang kita guna dalam jual-beli itu akan digunakan untuk membantu "jentera peperangan" Yahudi?


Antara barangan produk keluaran Israel :

PETIKAN DARI LAMAN WEB INMINDS : 
"Menurut Chicago Jewish Community Online iaitu laman web rasmi Jewish United Fund of Metropolitan Chicago (JUF), McDonalds Corporation adalah rakan korporat utama Jewish United Fund & Jewish Federation (2002). Melalui Israel Commission, JUF membantu ketenteraan Amerika, ekonomi dan memberi sokongan diplomatik kepada Israel.



Syarikat Coca-Cola menyokong Israel sejak tahun 1966.
Pada tahun 1997, Government of Israel Economic Mission menganugerah syarikat Coca-Cola selepas lebih 30 tahun mereka (Coca-Cola) menyokong Israel.
Presiden/Chairman Coca-Cola Israel (Central Bottling Company) iaitu Moshe Wertheim adalah ahli Israel-America Chamber of Commerce (Sumber : http://www.amcham.co.il/chambermembers/details/7/80). Beliau juga adalah bekas Presiden pertubuhan berkenaan (Sumber : http://www.amcham.co.il/about/executive-committee).


JAWAPAN oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi :

Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu.

Palestin adalah bumi kepada Kiblat pertama umat Islam, bumi Isra' dan Mi'raj, bumi kepada Masjid al-Aqsa dan daerah yang dimuliakan ALlah. Penakluk bumi ini merupakan musuh besar kepada umat Islam, dan mereka didokong oleh negara yang terkuat ketika ini – Amerika, juga komuniti Yahudi dari seluruh dunia.

Jihad wajib dilancarkan kepada mereka yang merampas tanah dan menghalau pemiliknya, menumpahkan darah, mengkhianati kehormatan, memusnahkan rumah-rumah, membakar ladang-ladang, dan memusnahkan bumi berkenaan. Jihad merupakan kewajipan yang paling terdahulu dari kewajipan-kewajipan yang lain, merupakan tugas paling utama umat Islam. Muslim mesti melaksanakan jihad, pertamanya kepada pemilik tanah berkenaan, kemudian jiran-jirannya, dan akhirnya seluruh umat Islam. Kita mesti bersatu menentang penjajah. Kita bersatu di dalam Islam, termasuklah kesatuan dalam iman kepada Shari'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Seperti yang difirmankan oleh ALlah: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu." (Qur'an, 21:92). Allah swt juga berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara." (Qur'an, 49:10). Dalam satu riwayat Hadith RasuluLlah saw menyatakan: "Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya,) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya." [Riwayat Muslim].

Hari ini kita melihat saudara dan anak-anak kita di Al-Aqsa dan Palestin mengorbankan darah mereka, menyerahkan jiwa mereka di jalan ALlah. Seluruh umat Islam mesti membantu mereka dengan apa jua kuasa yang mereka ada. (Lihat al-Quran, 8:72).



Sekiranya seseorang meminta bantuan kerana agamanya, kita mesti membantu. Jentera bantuan kepada mereka adalah melalui boikot secara menyeluruh terhadap barangan musuh. Setiap riyal, dirham... dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka beerti menyokong tirani, penindasan dan kekejaman. Membeli barangan mereka akan menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka semampu kita. Kewajipan kita juga adalah untuk memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita yang berjuang di bumi barakah ini semaksima yang boleh. Jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita, adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka.

Barangan Amerika, sepertimana barangan "Israel" adalah haram. Adalah haram untuk mengiklankan barangan mereka. Hari ini, Amerika adalah Israel kedua. Mereka membantu sepenuhnya entiti Zionis. Israel tidak mampu merampas tanpa bantuan Amerika. Semua pemusnahan yang dilakukan "Israel" adalah dengan menggunakan duit Amerika, senjata Amerika, dan veto Amerika. Amerika telah berkurun-kurun melakukan semua ini tanpa menerima kesan hukuman atau protes terhadap tekanan dan kedudukan mereka yang mencurigakan daripada dunia Islam.

Kini tibalah masanya untuk umat Islam mengatakan "TIDAK" kepada Amerka, "TIDAK" kepada syarikat-syarikatnya, dan "TIDAK" kepada barangannya yang membanjiri pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan pandu apa sahaja hasil produk Amerika.

Kita semua mesti bersatu menentang penceroboh. Kita bersatu dalam Islam, termasuklah kesatuan iman kepada Sharia'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Allah swt berfirman: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu." (Qur'an, 21:92).

'Ali ra. pernah berkata: "Kamu ada tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu, dan musuh kawan kamu". Amerika hari ini adalah lebih daripada kawan terhadap musuh kita; mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk Israel. Umat Islam seluruh dunia yang mencecah 1.3bilion, mampu memberi kesengsaraan kepada Amerika dan syarikat-syarikatnya dengan memboikot mereka. Ini adalah kewajipan agama kita, dan merupakan jalan ALlah. Setiap orang Islam yang membeli barangan "Israel" atau Amerika, bilamana terdapat pilihan barangan dari negara lain, adalah melakukan suatu yang haram. Mereka melakukan dosa secara jelas, merupakan satu jenayah kepada undang-undang ALlah, yang akan mengundang hukuman ALlah dan kebencian manusia.

Saudara-saudara kita di "Israel" dan Amerika terpaksa berurusan dengan mereka dan membeli produk mereka. Allah tidak meminta sesuatu di luar kemampuan; hanya apa yang kita mampu.

Allah berfirman: "Maka bertaqwalah kamu kepada ALlah menurut kesanggupanmu" (Qur'an, 64:16).

RasuluLlah saw. pernah bersabda: "Sekiranya aku mengarahkan sesuatu, buatlah sebanyak yang kamu mampu." Muslim di Amerika harus bekerja dengan syarikat-syarikat yang paling kurang permusuhan kepada Islam, paling kurang bersekutu dengan Zionis. Boikot syarikat-syarikat Zionist sebanyak yang mungkin.

Arab dan dunia Islam lain mesti memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara "Israel." Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah. Kebelakangan ini, kita dapat lihat negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan mereka memerdekakan diri dari penjajahan. Contoh yang terkenal adalah Gandhi yang telah mengarahkan masyarakat India memboikot barangan Inggeris, dan merupakan usaha yang berkesan. Boikot berada di tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak dapat memaksa rakyat membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya mereka sedar bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus, InsyaALlah. Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat Islam bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan merosakkan kita. Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam and kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati saudara kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi keuntungan kepada musuh kita. Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya', dan menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh. Allah berfirman: "Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu." Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang besar.

Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.

Sekiranya seorang pengguna membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira melakukan satu dosa yang berat, sudah tentu pedagang yang membeli barangan tersebut dan menjadi ejen mereka dikira melakukan dosa yang lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut beroperasi dengan menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka hanya memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh mereka. Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan kesedihan, dan menerima perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh Zionis.

Allah berfirman: "Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan ALlah bersama kamu." [Qur'an, 47:35].

Saya menyeru semua yang beriman kepada ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding kebathilan, dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk memenangkan mereka yang lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan ALlah, mempertahankan tempat yang suci.

Saya juga memohon pekerja-pekerja Arab dan negara-negara Islam dari seluruh dunia supaya menyokong rakyat Palestin, dan menunjukkan kemaharan mereka dengan melawan penzalim yang sangat gagah ini, dengan mengganggu perniagaan mereka sebanyak yang mungkin. Akhirnya, saya meminta mereka yang bijak, bertimbang rasa dan berpengalaman di setiap negara supaya bersatu membina boikot, mewujudkan pilihan alternatif dan mengelak daripada apa-apa yang tidak baik, dan teruskan mendidik masyarakat, sehinggalah kebenaran menang dan kepalsuan terhapus. Yakinlah, ianya akan musnah.

"Katakan 'bekerjalah,' sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia yang tidak pernah kamu lihat dan kamu akan tahu apa yang kamu telah kerjakan."

"Pandangan ini adalah berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma' umat Islam." Wallahu'alam.

(Sumber : Haluan Palestin)

Saturday, June 11, 2011

Fatwa : Hukum Berdamai dengan Israel



Seringkali berlaku percanggahan dalam masyarakat dunia mengenai cara bagaimana untuk mencapai kedamaian di Asia Barat khususnya di Palestin. Ramai pemerhati yang kurang teliti sering memberikan pendapat supaya diadakan proses gencatan senjata atau penjanjian kedamaian antara Israel dan Palestin. Bukan sekali, malah berpuluh resolusi pendamaian telah dilakukan walau dibawah organisasi PBB, namun Israel tidak boleh difahamkan dengan bahasa manis apatah lagi undang-undang dunia. Benar kata as-Syahid Dr. Abdullah Aziz Rantisi, "Israel hanya memahami bahasa perang."

Perjanjian berdamai dengan Israel perlu dibayar dengan darah Umat Islam Palestin
Terdapat dalil-dalil yang menjelaskan hal ini seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar :

Pada hari minggu, 18 Jamadil Awal 1375 H/ januari 1956 M, Jawatankuasa Fatwa al-Azhar mengadakan pertemuan khusus yang diikuti oleh anggota dewan ulama-ulama senior al-Azhar dan dipimpin oleh Prof. Sheikh Mohammed Hassanein Makhlouf, salah seorang ulama senior Al-Azhar, yang juga mantan mufti Mesir. Pertemuan itu dihadiri oleh Sheikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazha Syafiee, Syeikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi,  Pengarah Lembaga Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari Mazhab Maliki, Syeikh Muhammad Abdullathif As-Subki, Pengarah Pasukan Pemeriksaan di Universiti Al-Azhar dari Mazhab Hanbali dan Syeikh Zakaria Al-Birri, Setiausaha Jawatankuasa Fatwa. Pertanyaan di bawah telah dipertimbangkan dan daripada itu beberapa fatwa telah dikeluarkan seperti berikut :

Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar Asy-Syarif telah memperhatikan beberapa pertanyaan tentang pandangan Syariat Islam seputar hukum berdamai dengan Israel yang telah merampas tanah Palestin, kemudian mengusir penduduknya, membantai para wanita, anak-anak, orang tua dan pemuda, merampas harta benda mereka dan melakukan perbuatan-perbuatan keji di tempat-tempat ibadah dan tempat suci kaum muslimin.Juga tentang hukum saling mencintai dan tolong menolong dengan negeri-negeri penjajah yang membantu Yahudi dalam membantu mereka dengan sokongan politik dan bahan-bahan untuk mendirikan negara Yahudi di jantung kawasan negara- negara Islam.

Dan juga tentang undang-undang bersekutu yang digembar-gemburkan negara-negara kolonial yang tujuannya tidak lain agar Yahudi tetap wujud di tanah Palestin, bagi memudahkan mereka menjalankan misi kolonialisme.Dan juga tentang kewajipan kaum muslimin terhadap tanah Palestin dan usaha mengembalikan rakyat Palestin yang terusir dari negeri mereka, serta kewajipan kaum muslimin menentang projek Israel memperluaskan tanah jajahannya dan usaha mereka untuk menarik orang Yahudi di pelbagai negara untuk bermukim di Palestin, yang tentunya akan mengukuhkan kewujudan dan kekuatannya serta menjadi ancaman bagi negara-negara disekelilingnya. 

Jawatankuasa Fatwa menyatakan bahawa perdamaian dengan Israel-sebagaimana yang dinginkan oleh orang-orang yang menyeru kepada hal tersebut-tidak dibenarkan secara undang-undang syara' , kerana di dalamnya terdapat pengiktirafan terhadap penjajah untuk meneruskan usaha penjajahannya, pengakuan keberhakannya terhadap tanah jajahannya, dan sokongan kepada mereka untuk meneruskan agendanya. Padahal semua agama samawi dan agama-agama non samawi sepakat mengharamkan penjajahan dan mewajibkan dikembalikannya tanah jajahan kepada pemiliknya


Jawatankuasa juga menyeru kepada pemilik hak (rakyat Palestin) untuk membela dan merebut haknya. 
Kerana di dalam Hadits ditegaskan,
"Barang siapa yang terbunuh karena membela kehormatannya maka ia syahid."
Dalam Hadits lain,
"Bagi tangan (pemilik) apa yang diambilnya (dimilikinya) sampai dikembalikan."
Maka tidak boleh bagi kaum muslimin untuk menyokong usaha damai dengan Yahudi yang merampas tanah Palestin, menzalimi rakyatnya dan mengambil secara paksa harta benda mereka. Ini ialah usaha untuk menentang Yahudi yang berusaha mengukuhkan kedudukannya untuk tetap tinggal di tanah Palestin dan mendirikan sebuah negara di atas tanah suci negeri Islam ini.Bahkan wajib bagi kaum muslimin semuanya untuk saling membantu, tanpa memandang suku, bangsa, perbezaan bahasa dan warna kulit-untuk mengembalikan rakyat Palestin ke negeri mereka, menjaga kesucian masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat turunnya wahyu, tempat solatnya para nabi yang diberkahi oleh Allah swt, dan menjaga peninggalan-peninggalan sejarah Islam dari tangan para penjajah. 

Wajib juga bagi mereka untuk menolong para mujahidin dengan senjata dan kekuatan untuk berjihad, dan hendaknya mereka mengeluarkan segala kemampuan yang dimiliki untuk mensucikan negeri Islam dari tangan penjajah yang zalim.

Allah SWT berfirman:
"Dan persiapkanlah bagi mereka (musuh-musuh Allah) kekuatan, apa saja yang engkau bisa, dan dari kuda-kuda perang yang ditambat, yang dengannya engkau membuat gentar musuh Allah dan musuh kamu ..." (Al-Anfal: 60) 

Barang siapa yang tidak menyokong hal ini atau mengabaikannya atau mencela kaum muslimin karenanya, atau mengajak kepada hal-hal yang dapat memecah- belah persatuan kaum muslimin, dan mendukung usaha-usaha negara-negara penjajah dan Zionis untuk merealisasikan rencana mereka terhadap negara-begara Arab dan Islam, terutama negara Palestin ini, maka dalam undang-undang Islam dia telah keluar dari Jama'atul Muslimin dan telah melakukan dosa yang besar.

Bagaimana tidak, semua orang tahu bahawa Yahudi selalu berbuat malapetaka terhadap Islam, kaum muslimin dan negara-negara Islam, sejak dari zaman kenabian sampai sekarang, dan bahawa mereka tidak cukup sekadar menzalimi rakyat Palestin dan mengotori Masjid Al-Aqsa sahaja, melainkan, rencana besar mereka adalah untuk menguasai seluruh wilayah negara-begara Islam yang berada di antara sungai Nil dan Eufrat. Maka wajib bagi kaum Muslimin untuk bersatu bagi menghilangkan bahaya besar ini, membela negeri-negeri Islam dan menyelamatkannya dari tangan-tangan penjajah.

Allah SWT berfirman:
"Dan berpegang teguhlan kamu sekalian pada tali Allah dan janganlah berpecah belah ..." (Ali Imran: 103) 

Adapun bekerjasama dengan negara-negara yang membantu ekstrimis zalim ini dengan bahan-bahan dan persenjataan sehingga tetap wujud di tanah kaum musllimin, hal itu tidak dibenarkan menurut syara ', kerana ia merupakan usaha saling bantu-membantu dalam kezaliman dan mendukung mereka dalam permusuhannya terhadap Islam dan negeri- negeri Islam.

Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan teman orang-orang yang memerangi kamu dan mengeluarkan kamu dari negerimu sendiri serta orang-orang yang membantu orang lain untuk mengusir kamu. Barang siapa yang menyokong mereka, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. "(Al-Mumtahanah: 9) 

Dalam ayat lain Allah berfirman:

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (Al-Mujadalah: 22) 

 Sumber Rujukan : eramuslim.com