Showing posts with label inspirasi. Show all posts
Showing posts with label inspirasi. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

Inspirasi : Wasiat Sheikh Ahmah Yassin Untuk Umat

As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin



"Sesungguhnya aku seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang lumpuh (lumpuh setelah disiksa di penjara Israel) ."

Renungkanlah wahai saudara. Moga ruh jihad menyala dalam tubuh kita-


Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab ( symbol ummat Islam) sudah sampai ke tahap mana keadaan ini??

Sesungguhnya aku seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang lumpuh (lumpuh setelah disiksa di penjara Israel) . Aku bukan seorang penceramah lantang yang mampu mengegarkan semua tempat dengan suaraku (yang lemah ini). Aku tidak mampu ke mana mana bagi memenuhi keperluanku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa macam macam penderitaan. 


Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian sebegitu wahai bangsa arab, kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa.Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku kepada kami sehingga tiada satupun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah…..Tiada satu kumpulan pun dari kalangan kalian bangun menentang musuh musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukar kami dari kalangan mulia kepada golongan yang diinaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah kamu yang mahu bangkit menentang musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah ummat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah Negara ummat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami. Adakah pertubuhan umat ini, tenteranya, partinya, tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya dan keluar beramai ramai sambil melaungkan;

Ya Allah, perkuatkanlah saudara kami yang sedang dipatahkan tulang mereka, kasihanilah saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hambamu yang beriman.!!

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang perang besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh kami dan bukan mati dengan melarikan diri.Akan mati bersama kami anak anak kami, wanita , orang tua dan pemuda kami. Kami jadikan kalangan mereka kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Jangan kalian menanti kami menyerah diri atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah.Biar kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhadak.Jika kalian mahu, marilah bersama kami. Tugas membela kami di bahu kalian. Kalian sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa yang lalai dari kewajipan amanahnya.

Kami juga berharap supaya kalian jangan menjadi musuh yang menambah derita kami.DEMI ALLAH jangan menjadi musuh kami wahai pemimpin ummat ini, wahai bangsa umat ini.....

Saturday, May 28, 2011

Inspirasi : Ahmad Jadallah , “Jihadku Melalui Kamera”

Bumi Palestin terus bermandi darah. Perjuangan membebaskan Palestin bukanlah perjuangan yang singkat, malah hadis Rasulullah telah mengatakan bahawa perjuangan ini akan berterusan sehingga hari kiamat. Iye, kita yakin Islam pasti akan menang, persoalan yang perlu ditimbulkan hanyalah persoalan masa dan adakah kita sekadar menjadi penonton dungu atau menjadi salah seorang pemain dalam mencapai kejayaaan ini. Namun malangnya, spectators are more than player. Ye, itulah hakikatnya meskipun pahit untuk ditelan. Izinkan saya keluar dari kepompong golongan spectators ini untuk menjadi salah seorang player meskipun player ini bukanlah player yang akan mengankat senapang di medan jihad. Pengakuan ini bukanlah bersifat retorik, malah ia perlu direalisasikan. Alhamdulillah, akhirnya terlaksana jua harapan saya untuk membuat satu blog khas yang menyajikan coretan-coretan berkenaan isu Palestin.

Inspirasi saya : Ahmad Jadallah “Jihadku Melalui Kamera”


Mungkin ramai yang tidak mengenali Ahmad Jadallah. Saya juga baru sahaja mengenali beliau selepas membaca buku Konflik Peluru Lawan Batu hasil tulisan Maszlee Malik. Ahmad Jadalah merupakan generasi ketiga bagi rakyat Palestin yang hidup di bawah kekejaman rejim Zionis. Datuknya dan juga dua orang pakciknya telah syahid dalam peristiwa Nakbah 1948 ketika diusir ke Jalur Gaza. Dua orang abangnya telah syahid dibunuh oleh tentera-tentera rejim. Keluarganya hidup dalam ancaman dan sering disoal siasat serta ditahan terutamanya selepas abang beliau berjaya melancarkan serangan ke atas tentera-tentera Zionis beberapa tahun lalu. Bapanya sendiri menjadi antara orang yang dikehendaki oleh rejim zionis.

Beliau mempunyai cara tersendiri untuk membebaskan bumi Palestn dan al-Aqsa. Cara yang amat berbeza tetapi berguna untuk membuktikan kezaliman dan keganasan tentera-tentera rejim Zionis. Hanya dengan kamera yang menguatkan langkah beliau untuk meneruskan jihad ini.

“Gambar-gambar yang saya ambil adalah 1000 kali ganda kesannya dari roket-roket yang dilancarkan oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.”

Melalui lensa kamera, beliau telah berjaya mengambil gambar-gambar kesengsaraan rakyat Palestin sewaktu diserang dan juga kesan-kesan serangan. Beliau menumpukan perhatian kepada anak-anak Palestin yang menjadi mangsa keganasan yang tiada tandingannya oleh algojo Zionis.

Ahmad berkata , “Gambar seorang kanak-kanak yang berjalan di atas runtuhan rumahnya telah berjaya menarik simpati jutaan manusia di seluruh dunia, sekaligus mempamerkan wajah sebenar rejim Zionis. “

walau hanya sekeping gambar, ia mampu  membuka  hati yang terpasung
terlalu banyak kisah yang tak terungkap disebalik tangisan kecil itu

Kini, koleksi gambar-gambar yang beliau ambil telah membawa beliau ke serata dunia, sebagai bukti first hand perihak kesengsaraan rakyat Palestin dan juga wajah keganasan sebenar pihak rejim. Dengan gambar-gambar itu beliau telah memenangi beberapa anugerah bertaraf dunia di dalam dunia fotografi.

Beliau berkata :
“Anugerah-anugerah yang saya perolehi bukanlah symbol kejayaan saya dan kebanggaan rakyat Palestin. Saya ingin rejim Zionis tahu segala tekanan ke atas rakyat Palestin hanya akan menjadikan setiap individu Palestin semakin hebat dalam bidang masing-masing.”

Walau bagaimanapun ia bukanlah semudah yang disangkakan. Nama beliau termasuk dalam senarai teratas dalam 14 individu yang tidak dibenarkan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam bumi Palestin yang dijajah. Golongan ini sering menjadi sasaran peluru-peluru Zionis. Selama umurnya mencecah 30 tahun, beliau tidak pernah berpeluang untuk meningggalkan bumi Gaza. Mustahil baginya untuk bergerak bebas , tetapi itu bukanlah halangan untuk meneruskan jihad ini.

Kemuncak dugaan yang beliau terima amat menyedihkan. Pada tahun 2006, lewat keganasan rejim Israel di kem pelarian Jabaliyya, di Gaza, beliau telah menerima kesan tembakan kereta kebal Merkava milik tentera rejim. Di hadapannya, 14 orang gugur syahid dan ada yang badannya terbelah yang terdiri daripada kanak-kanak, pasukan bomba dan juga petugas perubatan dan ambulans.

Beliau berkata :
“Saya sering merakamkan gambar yang mejadi mangsa tembakan kereta kebal , tetapi pada hari itu, saya sendiri yang menyaksikan bagaimana peluru kereta kebal datang ke arah kami!”

Bedilan itu telah mengeluarkan paku-paku yang berterbangan mencederakan sesiapa sahaja yang berada di dalam jarak 10 meter dari kawasan itu. Senajata tersebut di antara senjata yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.

Ahmad berkata :
“Di hadapan saya, tubuh-tubuh bergelimpangan. Rakan-rakan saya kaku dan tidak bernyawa. Ada yang terputus dua badan, ada yang pecah kepala dan ada kanak-kanak yang hancur kakinya.”
 
Kaki beliau sendiri telah cedera parah di samping luka di kepala dan mulutnya. Beliau telah dipapah kerana tidak mampu untuk berdiri dan terpaksa menunggu selama hampir sejam kerana ambulans tidak dapat memasuki kawasan yang telah dikepung oleh lebih 40 buah kereta kebal tentera rejim Zionis.

Ahmad berkata lagi:
”Saya merasakan itulah detik-detik terakhir kehidupan saya, dan saya mampu menjerit menahan kesakitan. Kemudian, saya jatuh pengsan.”

Beliau hanya sedar selepas kakinya dibedah untuk mengelakkan kakinya menjadi lumpuh. Ahmad tidak mengetahui bahawa kisahnya dirakam oleh salah seorang wartawan yang berada di Jabaliyya bersamanya. Hanya selepas 6 bulan,beliau menerima footage rakaman tersebut.

”Pada mulanya saya tidak sanggup melihat rakaman tersebut, ia bagaikan mimpi ngeri dalam hidup saya.”. 
 Ahmad Jadallah berjaya mencoretkan kisah inspirasi bagi rakyat Palestin untuk terus meneruskan perjuangan mereka. Bagi kita di Malaysia, apakah pula perjuangan kita?

Renungilah firman Allah Taa’la,
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.”
                                                                        (Al-Ankabut : 3-4)
 "Tidak akan datang hari kiamat sehinggalah kamu!!! Berperang, mengganyang, membantai, memusnahkan kaum Yahudi, lantas mereka bersembunyi di balik kayu dan batu. Sehinggalah batu dan kayu itu berkata : Wahai... muslim... , wahai... Abdullah, ayuh ke mari, di balakangku ada Yahudi... Bunuhnya..!!!!!"
Rujukan :
Peluru Lawan Batu, Konflik Palestin dan Israel , tulisan Maszlee Malik

p/s : penghargaan yang tak terhingga kepada Mahfuzah Zulkifli, yang membantu dalam membuat design blog saya. dan juga kepada Shafira, yang membantu saya dalam mencari idea dari dalam jiwa. :) luv u all/