Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

Peristiwa : Luka Shabra dan Shatilla






Angin Derita Gaza

Amat menyakitkan menatap tubuh luka,

yang berdarah.

Amat memilukan memandang sekeping hati yang menangis.

Meraung meratapi jiwa-jiwa kaku.

Kita kekadang tewas menahan benteng airmata,

melihat perjalanan hidup anak-anak mereka teruji,

mereka benar-benar lebih memahami, mengerti,

apa itu sengsara dan derita,

dibanding kita,

yang cuma diuji oleh cinta dan peperangan emosi,

yang masih boleh ditemukan penawar,

malah kita masih bisa membenih bibit-bibit cinta

dan berkesempatan untuk ketawa,

sedang mereka.....

dihadiahkan peperangan mencari siapa benar,

lalu rindu si penggali kubur jadi realiti.

Gaza..

peperangan menuntut nilai kemanusiaan

kasih sayang yang semakin tandus.

Sampai harus mengheret kecewa,

merasakan ketidakadilan dunia....

myelina_tashiro
14 Jan 2009



Sabra dan Shatilla Dalam Kenangan


11 September 1982
Menteri Pertahanan Israel Ariel Sharon, arkitek kepada penjajahan Israel ke atas Lubnan telah mengumumkan bahawa terdapat lebih daripada 2000 orang pengganas masih berada di kem-kem pelarian Palestin di sekitar Beirut, Ibu Negara Lubnan. Bagaikan agenda drama yang kemas dirancang, Presiden Lubnan Bashir Gemayel, telah dibunuh apabila ibu pejabatnya telah diletupkan dengan bom oleh sekumpulan bersenjata pada 14hb September. Beliau merupakan Ketua Parti Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat Israel.

Tentera Israel telah menguasai Beirut Barat dengan mengelilingi serta mengunci mati laluan ke kem Sabra dan Shatila yang padat diduduki oleh pelarian Palestin dan orang awam Lubnan. Pada sebelah petangnya, kem-kem pelarian ini telah dikelilingi sepenuhnya oleh kereta kebal dan tentera Israel yang menjaga setiap laluan keluar masuk kem-kem ini dalam rangka memantau setiap orang yang keluar atau masuk ke kem. Laluan ini telah ditutup sepenuhnya pada lewat petang. 



16 September 1982
Keesokannya 16 September, Ariel Sharon dan Ketua Turus Tentera Israel telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Unit Militia Phalangist Lubnan, mengundang mereka masuk ke kem pelarian Sabra dan Shatilla untuk membersihkan "sarang pengganas". Mesyuarat tersebut berakhir pada 3 petang. Lewat petang 16 September 1982, lebih kurang 150 orang unit pertama Militia Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat Israel masuk ke kem pelarian bersenjatakan senapang , pisau dan kapak pada jam 6 petang, 

Mereka terus membunuh orang-orang awam terutamanya pelarian ini dengan mengelar leher mereka, membunuh dengan kapak serta menembak mereka. Ramai di kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan ini telah dirogol bergilir-gilir terlebih dahulu. Pada malam yang sama, pasukan tentera Israel menerangkan kawasan kem dengan cahaya api yang membakar menyebabkan kawasan tersebut terang benderang seumpama stadium bola sepak, menurut saksi yang terselamat dari insiden tersebut. Dalam masa beberapa jam pertama itu sahaja mereka telah merogol, membunuh dan mencederakan ramai orangorang awam yang kebanyakannya adalah pelarian Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang telah dikepung di dalam kem-kem tersebut.

Pada jam 11.00 malam, satu laporan telah sampai ke ibu pejabat tentera Israel di Beirut Timur yang mengatakan sekurang-kurangnya 300 orang telah dibunuh dalam tempoh 5 jam pertama. Di antara 36 hingga 48 jam kemudiannya,  Militia Phalangist telah membunuh kebanyakan penduduk yang menghuni kem pelarian tersebut sementara tentera Israel mengawal laluan keluar kem dan terus memberikan sokongan yang maksimum terhadap pembunuhan ini.





17 September 1982
Pada Jumaat 17 September,  laluan ke kem Sabra dan kem Shatila masih ditutup namun ada beberapa pemerhati bebas berjaya melepasi sekatan ketat tentera Israel. Di kalangan mereka adalah seorang wartawan dan seorang pegawai diplomat dari Norway, Gunnar Flakstad yang menyaksikan operasi pembersihan yang dijalankan oleh Militia Phalangist yang sedang membuang mayat-mayat dari rumah yang musnah dihancurkan.



18 September 1982
Militia Phalangist tidak keluar dari kem pada jam 5 pagi Sabtu 18hb September sebagaimana yang diarahkan. Mereka terus melakukan pembunuhan sehinggalah mereka meninggalkan kem Sabra dan kem Shatila pada jam 8.00 pagi 18hb September 1982. Para wartawan asing dibenarkan masuk ke dalam kem pada hari Sabtu, jam 9.00 pagi 18hb September yang menyaksikan ratusan mayat masih bergelimpangan di sekitar kawasan kem dan banyak di kalangan mayat ini yang dikelar-kelar anggota badannya. Diantara kata-kata saksi pelarian Palestin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:

"Tentera-tentera tersebut pergi dari satu rumah ke satu rumah dan memberikan amaran akan meletupkan rumah mereka sekiranya mereka tidak keluar dari persembunyian."

Ada saksi yang terselamat mendengar bahawa tentera Phalangist memberitahu satu sama lain supaya menggunakan kapak sahaja kerana bunyi senapang akan menyebabkan orang ramai sedar dan akan melarikan diri.

"Mereka membunuh abang ipar saya di hadapan mata kepala saya sendiri. Saya melihat mereka menembak di hadapan orang ramai. Mereka membunuh kesemuanya dan saya terus melarikan diri."







Tidak diketahui jumlah yang terbunuh secara tepat kerana sumber rasmi dari Israel mengumumkan bahawa ‘hanya’ 700 orang awam terbunuh. Sumber rasmi dari Lubnan pula menjangkakan kira-kira 1900 orang awam terbunuh. Manakala sumber berita Palestin pula mengatakan bahawa di antara 3000-3500 orang pelarian Palestin telah dibunuh, 1000-1500 telah hilang dan kira-kira 1000 orang yang lain telah melarikan diri.


Siapakan arkitek tragedi Sabra dan Shatila ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ariel Sharon yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Dialah pemimpin pengganas yahudi yang pernah berkata:
"Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang Palestin dari Gaza dan Tebing barat ke Jordan - (New York Times, 17hb Mei 1982). 
"Orang Arab yang baik adalah orang Arab yang telah mati"- (Ha'aretz, 25hb Februari 1983).  
“Saya merasa sedikit kesal terhadap tragedi tersebut tetapi kenapa perlu saya memohon maaf atau merasa bertanggungjawab terhadapnya”- (“The Accused” BBC- Panorama, 17/6/2001 ). 


Kini September 2011, tepat 29 tahun setelah berlalunya tragedi hitam Sabra dan Shatila. Kem Shatila kini dihuni oleh lebih 30 ribu pelarian Palestin merupakan penempatan pelarian yang ke tujuh terbesar di Lubnan daripada keseluruhan pelarian palestin di Lubnan yang kini berjumlah melebihi 500 ribu orang.

Rata-rata mereka hidup dengan penuh kepayahan dan keperitan. Bekalan air dan elektrik adalah dalam keadaan yang minimum di penempatan yang sempit lagi dhaif ini. 80 peratus dari kalangan mereka adalah miskin dan terpaksa saban hari mengikat perut kelaparan. Hanya 14 peratus di kalangan remaja anak-anak pelarian ini berjaya menamatkan persekolahan menengah mereka dan majoriti yang dewasa adalah penganggur kerana mereka dinafikan dari memiliki hak-hak asasi mereka termasuk bekerja di 72 bidang pekerjaan di Lubnan.

Oh Sabra dan Shatila....bilakah sinaran mentari baru akan menerangi hidupmu?

Sumber Puisi : Angin Derita Gaza



Thursday, August 4, 2011

Peristiwa : Memperingati Shabra dan Shatilla

Beirut , Lubnan
16 September 1982






Bagi umat manusia di seluruh dunia dewasa ini, tarikh 11 September merupakan tarikh yang mempunyai signifikasinya yang tersendiri. Tarikh itu juga merupakan tarikh yang telah mengubah lanskap politik dunia, lebih-lebih lagi kepada dasar luar Amerika.

Sayangnya tarikh yang hampir serupa dengan tarikh itu dan ia juga mengandungi tragedi yang hampir pilu seperti peristiwa 11 September itu tidak pula dipedulikan dunia, malah ia majhul dari pengetahuan ramai. Tarikh itu ialah 16 September dan apakah yang berlaku? Peristiwa Shabra dan Shatilla di Beirut, Lubnan.

Peristiwa yang menyaksikan pembunuhan lebih 3000 orang awam rakyat Palestin yang mendiami kem pelarian Shabra dan Shatilla (menurut laporan rasmi oleh Amon Kapeliok, seorang wartawan Israel yang terkenal, namun pihak tentera Israel hanya melaporkan 700 hingga 800 nyawa sahaja, laporan rasmi Palang Merah Antarabangsa pula menyebutkan 2,400 pada 22 September 1982)

seorang ibu yang kehilangan semua anaknya

Peristiwa itu berlaku pada tahum 1982. Ia merupakan satu tindakan keganasan yang tidak pernah terbayang akan dilakukan oleh manusia yang berakal, apatah lagi sebuah kerajaan.

Jika pihak Amerika menuding jari ke arah Osama Ben Laden dan rangkaian al-Qaeda nya di atas serangan 11 September tanpa sebarang bukti yang kukuh dan meyakinkan. Peristiwa penyembelihan rakyat Palestin di Shabra dan Shatilla pula tiada keraguan lagi bahawa tentera rejim Zionis di bawah pimpinan menteri pertahanannya Ariel Sharon la yang melakukannya.

Tiada siapa yang dapat menafikan pihak Israellah yang melakukan jenayah itu dengan kerjasama kumpulan radikan Kristian Maronite yang menggunakan Kataib mereka dan juga kumpulan militan Kristian al-Haddad. Walaubagaimanapun Dr. Ang Swee Chai di dalam bukunya From Beirut to Jerusalem mempunyai teorinya yang tersendiri.

Beliau sebagai saksi terhadap peristiwa itu percaya bahawa pihak Israel yang 100% terlibat dalam penyembelihan itu dan hanya menggunakan identiti Maronite dan Haddan. Teori itu dilihat bertentangan dengan pengakuan para mangsa penyembelihan itu dalam buku Ku Warnakan Salji Hitam tulisan Dr. Alijah Gordon.

Jika Osama diberikan label pengganas di atas jenayah yang tidak pasti sama ada beliau terlibat atau tidak. Mengapa Ariel Sharon tidak pula dinobatkan dengan pangkat yang sama? Mengapa kerajaan Zionis Israel tidak diberikan darjat yang seperti itu juga? Lebih menarik tiada apa tindakan diperingkat antarabangsa dikenakan ke atas mereka.

Jika pihak Amerika menggembar-gemburkan kematian hampir 4000 orang awam mereka pada 11 September, bagaimana pula dengan 3000 (atau 2,400 orang) rakyat Palestin di kem pelarian Shatilla pada 1 Spetember 1982? Bukankah yang terkorban itu kanak-kanak, wanita yang lemah dan orang-orang tua yang tidak berdaya?

Jika Majlis Keselamatan PBB boleh mengeluarkan ketetapan 1373 dalam persidangannya yang ke-3485 pada 28 September sejurus selepas peristiwa 11 September , mengapa tiada ketetapan yang seumpamanya diluluskan selepas 16 September 1982?

Ketetapan yang telah memberikan Amerika Syarikat sepenuhnya kuasa untuk menjajah mana-mana tampat di muka bumi ini dengan alasan memerangi keganasan itu telah digunakan sebaiknya oleh Amerika. Siapa yang paling beruntung? Sudah tentunya Israel yang pastinya dengan mudah mengarahkan Amerika Syarikat untuk melumpuhkan mana-mana negara yang mereka anggap sebagai ancaman terhadap keselamatan rakyatnya.

Dosa Israel di Shabra dan Shatilla dengan mudah dilupakan dunia. Jika Afghanistan dan Iraq dihancurkan di atas panji melawan keganasan dan menegakkan keadilan, mengapa Israel tidak menikmati nasib yang sama sejak dahulu lagi? Hanya Amerika Syarikat dan pemimpin-pemimpin Arab sahaja yang layak menjawabnya.

Jika Slobodan Milosevic bolh dihadapkan ke mahkamah kerana darah rakyat Bosnia, Saddam kerana darah rakyat Iraq, dan sebelum mereka aparat-aparat Nazi di Nuremberg, mengapa tidak Sharom?

Tindakan negara-negara Islam yang berani untuk menghadapkan Sharon ke muka pengadilan? Bukan hanya Shabra dan Shatilla , malah Baitul Muqaddis lewat 28 September 2000, Jenin 2003, Tebing Barat 2003, Refah 2004, Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdul Aziz Rantisi dan ribuan lagi rakyat Palestin yang menjadi mangsa insan yang digelar Bull Dozer oleh rakyat negaranya sendiri.

Apa yang berlaku di dunia ini amat sukar difahami. Tiada siapa yang dapat menyelesaikan kerumitan ini. Yang pasti umat Islam akan terus menjadi mangsa keadaan berdasarkan nafsu hegemoni kuasa uni-polar Amerika Syarikat dan umat Islam ramai yang lebih mengenali 11 September dari 16 September.

-dipetik dari Peluru Lawan Batu : Konflik Palestin dan Israel, tulisan Maszlee Malik

Tuesday, May 31, 2011

Peristiwa : May Thirty First

Salam Alaykum!

Okay people.

Today's 31 May.

So? Does it ring a bell with you?

"31 Mei 2010, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana." - Kematian mencecah 16 orang, 12 wakil Malaysia Berada Di Atas Kapal Mavi Marmara (http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=3817)



Last year, at this times, most of us can't stop thinking about the fate that Allah has bestowed upon the fighters that joined the Freedom Flotilla organized by the Free Gaza Movement and the Turkish Foundation for Human Rights and Freedoms and Humanitarians Relief (IHH).

We all know that Allah S.W.T tests each and every one of us with nothing more than what we can bear.

On 30 May 2010, while in International waters, the Israeli Naval Forces communicated that a naval blockade over the Gaza area was in force and ordered the ships to follow 'em  to Ashdod Port
OR TO BE BOARDED. The ships (the activists) declined.

The boarding started at 2 am on 31 May 2010.

mean and ruthless =(


Upon hearing the news that the Israeli's Shayetet 13 naval commandos boarded the ships from speed boats and helicopters, we all knew that those who were on the ships are strong ones, chosen by Allah to stand against the Israelis with great courage and determination.

"We do not impose on any self any more than it can bear. With Us is a Book that speaks the truth. They will not be wronged."   (Surat al-Muminun, 62)

"As for those who believe and do right actions – We impose on no self any more than it can bear – they are the Companions of the Garden, remaining in it timelessly, forever." (Surat al-A'raf, 42)

"Allah does not impose on any self any more than it can bear. For it is what it has earned; against it, what it has brought upon itself." (Surat al-Baqara, 286)

In contrast to the other vessels on the flotilla, Mavi Marmara's activists confronted the Israelis soldiers. Armed with nothing but knives, bats and metal pipes, they defended themselves against the well-armed Israeli soldiers.  Up to 16 activists were killed (nine according to the UN report. huh?) and dozens were injured.

Can't stop 'twisting'. It's their nature! 
hurmm..
AND the psychopath Israelis fussed over their seven injured IDF soldiers. 
Like, daa? 
They even defended themselves, tried hard to rationalize the irrational violent attack on the Mavi Marmara's activists.

"This people are gonna kill us! they are so 'well-equiped'. Let's kill'em first!"
~they (the Israelis) might have thought.

The Israel Ministry of Foreign Affairs stated that 
"the Mavi Marmara (passenger ship) did not carry any humanitarian aid, except for the passengers' personal belongings."  They also stated that other ships in the aid convoy actually carried the aid. Israel says that they have found knives, metal and wood sticks in the ship. The UN report states that knives from the ship's kitchens (plus one traditional, ceremonial knife), some catapults (slingshots) and metal pipes the passengers cut from the ship's railings were found.  ~yeah, right!


The main reasons 

Mavi Marmara ~ before it was boarded by the Israelis


Ustaz Hasanuddin bin Yunus, the President of Aqsa Syariff Berhad (among the activists on Mavi Marmara that survived) shared his experience and unveils the main missions of the freedom flotilla.
·      "Kapal Mavi Marmara mempunyai 3 misi utama iaitu menghantar bantuan makanan,ubat-ubatan dan bahan binaan secara besar-besaran ke Gaza.Misi kedua pula adalah membuka laluan terutama laluan laut untuk membolehkan barang-barang bantuan dihantar kepada penduduk Gaza. Misi yang ketiga pula adalah membuka mata dunia tentang penderitaan yang sedang ditanggung oleh rakyat Gaza hasil keganasan dan kezaliman Israel."


       Malaysia's former prime minister had a point when he categorized the Israels as pirates. They are, aren't they? I mean, hostile boarding of a ship in international waters is against the International Maritime Law – it IS Piracy!  


"... apabila Israel melakukan perkara yang sama dengan memaksa kapal bantuan Gaza menukar haluan ke pelabuhan mereka, Israel tidak pula dilabel sebagai lanun. Sehingga ke hari ini kapal misi kemanusiaan yang dipaksa menukar haluan ke Israel masih di sana. Ini satu tindakan jenayah.



 Jika Malaysia menahan kapal-kapal yang lalu di perairan Selat Melaka seluruh dunia pasti akan mengecam Malaysia. Mungkin ada negara yang akan menghantar kapal perang dalam memastikan kapal yang ditahan oleh Malaysia akan dibebaskan.


Tapi, apabila Israel bertindak tidak ada pihak yang membangkitkan perkara itu dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini kerana kuasa besar menyokong Israel."
(Tun Dr Mahathir is the president of the  Perdana Global Peace Organization [PGPO] )

"The navies of the world kill Somalis that do this 
and yet America (the US government) supports the
Turkish ship in international waters."  
~unknown blogger

We shall never forget this. Today, it is HISTORY. And history shall repeat itself if we do not do anything about it.. 

Timbalan Ketua Misi Kedutaan Iran di Kuala Lumpur, Dr. M.S.Dolatabadi berkata, serangan ke atas flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza umpama serangan ke atas kebebasan dan nilai kemanusiaan. 
 ''Satu-satunya cara untuk berhadapan dengan rejim Zionis ialah sikap tidak mengenal erti putus asa.” 



S      So, as for now, what can we do?

·      Four products that are confirmed (tiada 'khilaf') to be contributing to the Israelis are McDonald's, Loreal, Coca-Cola and Nestle. You know what i'm trying to say. Both, you and i know what we should do!
     "Anda tidak mati jikalau memboikot produk tersebut 
tetapi ingat umat Palestin akan mati dengan pembelian anda". 


     References

5.       http://hubpages.com/hub/IsraelisPIRATESMURDER10ininternationalwaters
6.     http://en.wikipedia.org/wiki/Gaza_flotilla_raid
                   7.    http://yastro.blogspot.com/2010/05/palestin-oh-palestin.html

                         and a lot more!


If there are any mistakes in terms of the facts stated please let us know, i stand corrected. =) SALAM!